Ahli Parlimen dibenar cabar kerajaan isu peruntukan kawasan

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini, hari ini memberi kebenaran kepada permohonan Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr D Jeyakumar mendapatkan semakan kehakiman.

Permohonan itu dibuat terhadap kerajaan Persekutuan kerana menahan peruntukan tahunan RM1 juta kepada kawasan pilihan raya berkenaan yang diwakili pembangkang.

Mengikut Malaysiakini, Ahli Parlimen dari Parti Sosialis Malaysia (PSM) itu agak ‘terkejut’ dengan keputusan itu kerana beliau sendiri tidak menjangka memberi kebenaran berkenaan.

Jeyakumar menegaskan, peruntukan yang diterima ahli parlimen Barisan Nasional (BN)tetapi tidak kepada wakil rakyat pembangkang, adalah hak bagi semua wakil rakyat.

Beberapa ahli parlimen Pakatan Rakyat, termasuk Nurul Izzah Anwar juga menjadi pemerhati kerana kes itu mempunyai implikasi di kawasan yang mereka wakili.

No comments

Powered by Blogger.