Kopi percuma di 32 stesen Petronas sempena perayaan Tahun Baru Cina

KUALA LUMPUR, 28 Jan – Hidangan Old Town Classic White Coffee dan Hazelnut White Coffee akan disediakan di 32 stesen Petronas di sepanjang lebuh raya dan jalan utama, semasa orang ramai berpusu-pusu ‘balik kampung’ sempena cuti Tahun Baru Cina ini, dengan fasa pertama bermula dari hari Sabtu hingga Selasa ini.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Dagangan Bhd Amir Hamzah Azizan berkata fasa kedua tawaran itu pula akan berlangsung dari 4 hingga 6 Februari.

Beliau berkata Kempen Petronas Coffee Break itu disasar untuk mendidik, membekal dan mengingatkan para pemandu dan mereka yang sedang bercuti, supaya memandang berat soal langkah-langkah kewselamatan jalan raya.

Katanya kempen itu dijayakan dengan pembabitan White Cafe Marketing Sdn Bhd, dan juga Permanis Sandilands Sdn Bhd yang menyediakan air minuman Tropicana Twister berperisa oren dan blackcurrant; di samping Mamee Double Decker Distrbution (M) Sdn Bhd dan Cadbury Confectionary Sales (M) Sdn Bhd yang turut akan mengagihkan paket-paket Corntoz chips dan Cadbury Bytes.

Menurutnya dengan menyasarkan kempen untuk memastikan keselamatan jalan raya terpelihara, syarikat itu juga bekerjasama dengan pasukan Petronas StreetSmart untuk menggabungkan hiburan dan pendidikan menerusi permainan interaktif keselamatan jalan raya mereka.

“Kempen itu juga akan merangkumi pemeriksaan 18 aspek keatas kereta secara percuma, sumbangan Proton, di beberapa stesen terpilih yang mengambil bahagian,” katanya dan menambah pihaknya juga akan menyediakan bekalan bahan api buat 50 kenderaan St John’s ambulances untuk perkhidmatan kecemasan lebuhraya mereka semasa musim cuti.

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen Petronas Coffee Break, orang ramai boleh layari laman web www.mymesra.com.my

-Bernama-

No comments

Powered by Blogger.