Hebat SPRM! Kerja Nak Bodohkan Melayu Je

Gara-gara menerima RM150 ketika mahu menukar telefon bimbit baru, seorang Pembantu Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kuching, dijatuhi hukuman penjara enam bulan atau denda RM5,000.

Tertuduh Aidil Mazha Mazlan, 28, yang memilih untuk membayar denda berkenaan didakwa mengikut pertuduhan pindaan 11 (a) Akta Pencegahan Rasuah kepada Seksyen 165 Kanun Keseksaan.

Hakim Mahkamah Sesyen, Nixon Kennedy Kumbong, mendapati tertuduh bersalah selepas pihak pendakwa berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah terhadap tertuduh.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa menerima wang itu di Restoran Warisan, Lot 105, Tingkat Bawah, Wisma Satria, Lorong B, Jalan Stutong jam 2.45 petang, 5 April 2007. Tertuduh melakukan urusan menukar telefon lama kepada baru dengan harga ditawarkannya adalah RM450 biarpun harga sebenar telefon tertuduh RM300.

Dia dituduh menerima untuk dirinya suatu benda berharga iaitu RM150 tanpa apa-apa balasan berharga dari Ting See Siong, yang beliau ketahui ada kena mengena dengan ursuan rasminya, iaitu beliau sebagai Pembantu Penguat Kuasa yang bertanggungjawab ke atas kesalahan yang dilakukan Ting See Siong dibawah Akta Perlindungan Pengguna 1999.BERITA HARIAN


sepatutnya rasuh kena buat lepas dari 10 ribu baru tak kena apa-apa. sprm ni kalau yang kecik2, depa memang nak la. berjuang mengikut visi dan misi..haha..tambah pulak khir toyol, lagi la senyap haha

No comments

Powered by Blogger.