Ahli perniagaan maut kemalangan jalan raya

KAJANG, 28 Nov – Seorang usahawan dari Shah Alam dipercayai maut akibat serangan sakit jantung selepas terlibat dalam satu kemalangan di kawasan perumahan Kajang Utama dekat sini malam tadi.

Tan Shik Cin, 41, terbabit dalam kemalangan apabila kereta yang dipandu terjunam dalam longkang sedalam 20 meter , dipercayai terbabas, dan mati di tempat kejadian, menurut Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Selangor, Supt Che Husin Omar kepada Bernama, di sini hari ini.

Beliau berkata, Tan dipercayai meninggal dunia disebabkan serangan jantung, dan bukannya kerana kemalangan.

Ketika kejadian, Tan sedang memandu kereta Mercedes Benznya berseorangan, dan beliau dilaporkan hilang kawalan kereta yang dipandunya sewaktu menuruni bukit di kawasan tersebut pada pukul 8.30 malam tadi, katanya.

“Mangsa kemudian memasuki jalan bertentangan sebelum keretanya terjunam ke dalam longkang itu,” kata Che Husin.

Beliau berkata mayat Tan kemudian dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat siasat.

- BERNAMA

No comments

Powered by Blogger.