Abramovich tetap sokong Ancelotti

NEWCASTLE, England - Carlo Ancelotti menegaskan, pemilik Chelsea, Roman Ab- ramovich tidak memberi sebarang tekanan meskipun skuad The Blues tewas tiga daripada empat perlawanan terakhir Liga Perdana England.

Ketika ini, Chelsea bergelut dengan masalah kecederaan dan masih kehilangan beberapa pemain berpengalaman seperti John Terry, Frank Lampard dan Michael Es- sien.

Kapten Chelsea, Terry yang mengalami kecederaan kaki, sekali gus memaksa dia berehat selama sebulan dijangka akan beraksi semula pada pertemuan menentang Everton minggu depan.

Manakala pemain pertahanan tengah, Alex akan diturunkan pada aksi menentang Newcastle United malam ini sebelum menjalani pembedahan lutut minggu depan.

Begitupun, Ancelotti mengakui beliau lebih tertekan ketika Chelsea tewas kepada Inter Milan pada aksi 16 pasukan terakhir Liga Juara-Juara musim lalu.

Namun, beliau masih diberi kepercayaan untuk meneruskan tanggungjawab tersebut dan langsung tidak menerima tekanan daripada pemilik kelab London itu.

"Pemilik kelab (Abramovich) langsung tidak meletakkan saya dalam situasi tertekan. Selepas tewas kepada Inter, sudah tentu saya berasa sedikit tertekan kerana kami tidak mencapai sasaran dalam kempen Liga Juara- Juara.

"Keadaan itu bukan disebabkan oleh pemilik kelab. Dia sentiasa memberi sokongan kepada saya dan buat masa ini, dia masih lagi memberi sokongan.

"Tidak bermakna sekiranya saya berada dalam situa- si tertekan, saya tidak sela- mat. Ia adalah sesuatu yang normal.

"Di bawah tekanan, saya lebih memberi tumpuan.

"Kamu perlu melihat kepada keputusan. Keputusan tidak berapa baik dan saya perlu bertanggungjawab serta memberi lebih fokus pada tugas saya.

"Saya perlu menggunakan segala pengalaman untuk memberikan lebih banyak peluang kepada pemain melakukan yang terbaik."

Pada masa yang sama, Ancelotti memberitahu, beliau telah mengadakan perbincangan dengan para pemain minggu lalu untuk mengenal pasti punca kemerosotan pasukan itu. - Agensi

No comments

Powered by Blogger.