Suami Rita Rudaini ke Mahkamah Syariah

SEREMBAN: Pemain bola sepak kebangsaan, Mohd Aidil Zafuan Abdul Razak, 23, hadir di Mahkamah Tinggi Syariah semalam, bagi membolehkan masalah rumah tangga dengan isterinya yang juga pelakon popular, Rita Rudaini Mokhtar, 34, diselesaikan secara sulh atau baik.

Selain itu, beliau yang hadir di mahkamah bersama seorang peguam syarie kira-kira jam 11 pagi semalam turut memfailkan permohonan hak penjagaan anak.
Aidil Zafuan ketika dihubungi Berita Harian, mengesahkan beliau pergi ke Mahkamah Syariah Seremban pagi semalam bersama seorang peguam namun enggan mendedahkan tujuannya, termasuk sama ada ia berkaitan isterinya.
“Ia berhubung urusan keluarga saya dan saya tidak mahu mendedahkannya kerana ingin menjaga kepentingan banyak pihak,” katanya.

Bapa Aidil, Abd Radzak Salleh, 61, berkata beliau tidak mengetahui berhubung tindakan anaknya itu dan mendakwa baru mengetahuinya apabila ditanya wartawan Berita Harian.

“Aidil (Zafuan) memang tinggal di sini (rumah keluarga di Sikamat, Seremban) kerana menjalani latihan pusat di Stadium Tuanku Abdul Rahman di Paroi di sini,” katanya ketika dihubungi di sini.

No comments

Powered by Blogger.