"Saya jadi kambing hitam" – Tee

Oleh Teoh El Sen

PETALING JAYA: Pemimpin DAP dan bekas ahli Majlis Perbandaran Klang yang dipecat hari ini mengkritik mereka yang berpaling tadah dalam kontroversi surat sokongan dan menyifatkan beliau dijadikan "kambing hitam".

Beliau berkata, beliau menjadi "kambing hitam politik" dalam semua episod ini dan menuduh pemimpin-pemimpin yang berkepentingan mengenepikan perjuangan parti.

"Kehidupan saya dimusnahkan oleh para pemimpin yang berkepentingan ini," katanya. Tapi beliau menegaskan beliau tetap tidak bersalah, yang mengakibatkan beliau dipecat dari parti.

Semalam, Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP (CEC) memutuskan untuk mengekalkan keputusan jawatankuasa disiplin untuk memecat Tee kerana mengeluarkan surat sokongan kepada syarikat milik anaknya.

CEC juga tidak mengambil tindakan lanjut terhadap bekas bosnya ahli exco negeri Selangor Ronnie Liu di mana kepala surat dan copnya digunakan untuk mengeluarkan surat itu, dengan hanya memberi amaran keras sahaja terhadap beliau.

"Saya juga berharap parti melayan saya dengan adil tetapi saya dijadikan kambing hitam. Tapi saya tetap yakin saya tidak bersalah," kata Tee kepada FMT hari ini.

Menuduh kepimpinan parti mempraktikkan "double standard", bekas setiausaha penganjuran DAP negeri itu berkata, jika prinsip yang sama digunakan terhadapnya di tempat-tempat lain, lebih ramai ahli yang akan dipecat.

"Jika kita kata surat sokongan adalah salah maka Hamidah Mat Sum dari PKR juga silap dan salah dalam mengeluarkan surat sokongan kepada syarikat milik suaminya. Tidakkah beliau juga harus dipecat?" soal beliau.

No comments

Powered by Blogger.