Siapa lebih TAKBUR?

Terkejut saya apabila membaca berita di Utusan Malaysia hari ini berhubung kata-kata yang dikeluarkan oleh Datuk Alwi Che Mat, Ketua Pembangkang DUN Kelantan yang mengatakan Tok Guru Nik Aziz Nik Mat sebagai TAKBUR.

Alwi tidak berhak mengeluarkan perkataan tersebut kepada Tok Guru Nik Aziz kerana beliau sendiri pun adalah manusia yang takbur. Alwi adalah Timbalan Ketua UMNO Bahagian Ketereh, yang baru dua hari lepas telah selesaikan mengadakan program JUARA RAKYAT, tapi batang hidung Alwi tidak nampak dalam kawasan. Apakah kerana beliau sudah menjadi wakil rakyat dan Timbalan Ketua Bahagian, maka majlis parti yang sebesar itu tidak diberi perhatian yang istimewa oleh beliau.

Bukankah Takbur namanya, apabila seorang ahli cawangan bertanya melalui telepon dimana Datuk sekarang dan dijawab saya berada diluar negara, sedangkan didalam Bahagian ahli-ahli parti bersusah lelah untuk menjaya program bagi memperkasakan parti yang tentunya menafaat dapat kepada Alwi.

Itulah sebagai contoh kenapa Alwi tidak layak mengecapkan Tok Guru Nik Aziz sebagai Takbur kerana kalau kita mengamalkan sikap takbur jangan tuduh orang lain takbur lebih daripada kita untuk mempermolekkan kita.

Tidakkah Takbur namanya apabila memberitahu ahli-ahli UMNO didalam Bahagian bahawa "saya tidak mahu jadi Timbalan Ketua Bahagian dan Wakil Rakyat sekiranya ada orang lain mahu", jadi kalau tak mahu letakkan saja jawatan itu, tak payah bersendiwara dengan linangan airmata.

Saya rasa UMNO Bahagian Ketereh akan lebih AMAN sekiranya Datuk Alwi Che Mat meletak jawatan sebagai Timbalan Ketua Bahagian dan wakil rakyat DUN Kok Lanas sekarang, kerana menjadi Gunting Dalam Lipatan lebih bahaya daripada Api Dalam Sekam.

http://newkk.blogspot.com/2010/07/siapa-lebih-takbur.html

No comments

Powered by Blogger.