Saya tiada pilihan- Anwar Ibrahim

SHAH ALAM, 28 Jul – “Kalau ditanya apakah sukar bagi saya? Ya sukar. Apakah saya ada pilihan? Tidak.. saya tidak mempunyai pilihan. Saya tahu risikonya. Tidak ada manusia yang mahu dimalukan hari-hari. Malah tiada manusia yang umurnya sudah melebihi 6o tahun mahu disumbat ke penjara.

Demikian kata Ketua Pembangkang di Parlimen, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu wawancara ekslusif dengan akhbar Sinar Harian hari ini.

Beliau memberi jawapan secara telus dalam setiap jawapan dalam interbiu dua muka penuh itu.

Beliau mengadakan lawatan mesra ke kompleks Kumpulan Media Karangkraf di Shah Alam semalam.

Karangkraf menerbitkan akhbar Sinar Harian. Turut serta beberapa pemimpin PKR.

No comments

Powered by Blogger.