Argentina pecat Maradona sebagai jurulatih

BUENOS AIRES, 28 Julai — Diego Maradona dipecat sebagai jurulatih pasukan Argentina menerusi keputusan sebulat suara oleh lembaga Persatuan Bola Sepak Argentina (AAA), semalam.

AAA memutuskan untuk tidak memperbaharui kontrak beliau sebagai jurulatih kebangsaan, kata jurucakap persatuan.

Masa depan Maradona menjadi tanda tanya sejak Argentina tewas 4-0 di tangan Jerman pada pertemuan suku akhir Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan baru-baru ini. - Reuters

No comments

Powered by Blogger.