Bom Jangka dalam UMNO - siri 1

Dalam keghairahan UMNO untuk mendapatkan dan mengembalikan sokongan orang Melayu serta menjayakan konsep 1 Malaysia, UMNO berdepan dengan apa yang kita katakan sebagai bom jangka. Bom ini berdetik setiap saat sehingga ke PRU 13 nanti. Bom Jangka ini terbentuk bila ahli parti sendiri di lihat seperti anak tiri dan yang lebih dahsyat sekali – bantahan mereka dalam UMNO terhadap pucuk kepimpinan akan terus bergelora menunggu masa bangkit dan marah, selagi kepimpinan tidak menyelesaikan masalah dalaman parti.

Ahli UMNO menunggu perubahan tetapi semakin lama semakin ramai ahli UMNO yang menyuarakan ketidaksetujuan mereka terhadap beberapa isu dalaman UMNO sendiri. Ramai Ahli UMNO mahukan perubahan, kini berdepan dengan hakikat sebenarnya. UMNO dengan budaya kepimpinan yang tidak menyeluruh, gagal mendengar dan melihat suara akar umbi – yang mahukan perubahan. Lebih malang lagi kepimpinan UMNO, yang hari ini menganggotai kerajaan sanggup melakukan apa sahaja untuk memastikan tempat mereka di peringkat negeri tidak terhapus lantas membunuh erti demokrasi dan politik matang yang sepatutnya disegarkan. UMNO dikatakan mengambil jalan mudah sehingga laman-laman pro UMNO mengeluarkan doktrin perjuangan mereka dalam membentuk era perjuangan yang lebih kuat dan jitu.

UMNO perlu siasat tindakan segelintir mereka yang sanggup membunuh potensi kepimpinan muda semata-mata mahu menjaga tempat. Ini amat malang – adakah bom jangka UMNO sedang berdetik dan menunggu letupan kuat yang hampir pasti menghilangkan makna UMNO di tanah Melayu ini. Akan terus di ulas- ini siri 1 - ada apa yang nak bantah sila..kita berkongsi pendapat.

http://umno-reform2.com/front/

Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments

Powered by Blogger.