Zaid lancar kempen ‘Mengenali Pemimpin Anda’ dedah pemimpin BN

KUALA LUMPUR, 28 April — Datuk Zaid Ibrahim gagal mempertahankan kerusi Parlimen Hulu Selangor Ahad lalu, tetapi sekurang-kurangnya gelanggang itu memanfaatkan beliau — memperoleh idea untuk menggerakkan kempen ‘Mengenali Pemimpin Anda’.

Zaid yang berhadapan dengan serangan peribadi sepanjang kempen pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor memberitahu, beliau bersama Pakatan Rakyat akan melancarkan kempen itu bagi membolehkan rakyat tahu setiap inci tentang pemimpin mereka.

Zaid, anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR berpendapat sudah tiba masanya pengundi-pengundi mengenali dengan dekat dan mengetahui latar belakang pemimpin mereka.
Zaid berkata, beliau mahu mendedahkan segala-galanya tentang seseorang pemimpin termasuk aspek tidak moral mereka yang digunakan Barisan Nasional (BN) di Hulu Selangor.

“Anda melabelkan seseorang itu kaki minum tetapi pada masa yang sama (seolah-olah) mengecualikan pemimpin-pemimpin UMNO.

“Saya akan mendedahkan sikap hipokrit pemimpin-pemimpin UMNO,” kata beliau pada sidang media khas susulan pilihan raya kecil Hulu Selangor Ahad lalu.
Zaid tewas dengan perbezaan 1,725 undi di tangan calon BN P. Kamalanathan.- MALAYSIANINSIDER

No comments

Powered by Blogger.