Parpukari akan jadi beban kepada Dr Zambry dan UMNO

Tan Sri Muhyiddin menyarankan agar ahli UMNO menyelesaikan segala masalah dalaman segera agar lebih bersedia untuk menghadapi PRU13 yang akan datang. baca sini Malangnya apa yang diharapkan oleh Tan Sri Muhyiddin tidak mungkin akan tercapai selagi Tan Sri Muhyiddin sendiri memberikan muka dan juga mengikut segala kehendak bloggers yang pro Tun Mahathir. Jelas Tan Sri Muhyiddin terlalu memberikan muka kepada mereka ini dan mereka ini sebenarnya (beberapa orang yang sememangnya perasan mereka ini boleh mengoncang kan Tan Sri Muhyiddin malahan bloggers ini pernah mengugut untuk tidak menyokong Tan Sri Muhyiddin jika Khairy Jamaluddin diberikan kerusi sebagai menteri.

Bloggers Pro Tun Mahathir ini terlalu biadab dan ada kala berlagak seolah olah mereka ini lebih dari menteri. Tentu pejabat Tan Sri Muhyiddin tahu bagaimana cara bloggers seperti Parpukari yang cuba untuk menjatuhkan Ketua Pemuda UMNO kerana dendam peribadinya setelah gagal menaikkan Mukhriz sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Seharusnya Parpukari menyalahkan dirinya sendiri kerana gagal memenangkan kan Mukhriz kerana penulisan merayu beliau beliau yang membuat ramai orang naik bosan . Parpukari telah terhutang budi dan telah makan banyak duit yang diberikan oleh bos nya itu kerana laporan laporan bodoh beliau yang mengatakan Mukhriz akan menang mudah, Malangnya Mukhriz tidak dapat jejak tempat kedua apatah lagi memenangi kerusi KPPUM.........



malas nak masuk campur..kalau pengunjung nak tau cerita selanjutnya, boleh klik kat sini..


Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments

Powered by Blogger.