Ku Li mahu digelar hero: Khairy

MACHANG- Tindakan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah yang bertentangan dengan prinsip dan pendirian parti dilihat sebagai cubaan mengumpan dan mahu digelar hero.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaludin berkata, pendirian Tengku Razaleigh yang tidak sehaluan dengan keputusan Kerajaan Pusat mengenai isu royalti minyak Kelantan adalah disengajakan untuk menarik perhatian parti.

"Beliau cuba menarik perhatian parti agar mengenakan tindakan ke atasnya dan akhirnya digelar hero oleh penyokong-penyokong beliau. Saya percaya beliau tidak akan keluar parti memandangkan tindakan tersebut tidak akan menguntungkannya dan telah berbuat demikian dulu.

"Perdana Menteri telah memberi isyarat dan akan menunggu pandangan ahli-ahli UMNO terlebih dahulu sebelum memutuskan tindakan lanjut ke atas beliau dan Pergerakan Pemuda juga telah turun ke akar umbi bagi mendengar pandangan ahli," katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Penutup Karnival Belia dan Pemuda Negeri Kelantan 2010 di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kelantan, di sini, semalam.

Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

1 comment

MANSOR JUNUS said...

UMNO ini hanyalah parti pak turut. Kalaulah yang teratas kata merah, maka semualah akan kata merah. Dulu semasa Dr.M kata pengambilan pelajar2 ke IPT hendaklah mengikut meritoktasi, semua sokong dan tiada siapa yang bangkang. Lepas itu apabila Dr.M sudah turun, orang yang sama juga keluarkan kertas kerja berkajang2 mendesak supaya meritokrasi dihapuskan. Siapakah orang itu? Khairilah.. Apabila Dr.M nak buat jambatan bengkuk di Johor, semua kabinet dan MT setuju. Najiblah diantara penyokong kuat. Good idea. berpandangan jauh... macam2 pujian.... tetapi selepas Pak Lah datang, jambatan bengkuk tersebut bengkuk terus.

Semasa Pak Lah pegang PM, Islam Hadhari itu bagus, semua UMNO angkat tangan. Tapi, bila Najib datang. Tiada lagi biji mata yang menyebutnya. Dulu Ku LI adalah idola Rais Yatim, sehingga bersama2 keluar UMNO tubuh Semangat 46. Sekarang semua orang tahu apa komen Rais ke atas Ku Li.

Otak UMNO dulu, sekarang dan selamanya sama saja. Macam Kumpulan Dikir Barat. Ramai yang hanya jadi korus. Besok kalaulah Mahayuddin pegang PM, Satu Malaysia pun hanyut. Sama2 boleh tunggu dan sama boleh lihat.

Powered by Blogger.