Yaakob Sapari persoal tindakan SPRM tahan Hussin di pejabat

SHAH ALAM, 27 Jan - Exco Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan, Yaakob Sapari, mempersoalkan tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan Setiausaha Kerja beliau, Hussin Ahmad, tanpa bukti kukuh. .

Yaakob berkata, SPRM menuduh Hussin menguruskan pemberian permit pasir sedangkan pejabatnya tidak mempunyai sebarang hak dan kuasa untuk menerima atau meluluskan mana-mana permohonan pasir.

“Saya membantah tindakan SPRM yang menahan Hussin di pejabat sedangkan Pekeliling Kerajaan Negeri menyatakan bahawa semua siasatan hendaklah dibuat di pejabat.

“Pejabat saya tidak ada kuasa untuk melulus atau menerima mana-mana permohonan pasir kerana ianya diuruskan Kumpulan Semesta dan membuktikan kelemahan asas penahanan terbabit,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menghadiri Mesyuarat Exco di pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) selangor, petang tadi.

Yaakob turut menjelaskan isu berhubung lawatan rasmi beliau dan Hussin ke China pada November lalu adalah lawatan rasmi kerajaan negeri yang diluluskan exco kerajaan negeri.

“Lawatan kami ke China pada bulan November adalah lawatan rasmi kerajaan negeri yang diputuskan dalam mesyuarat exco dan semua dokumen lengkap dan nama Haji Hussin selaku pembantu saya tercatat dalam lawatan tersebut dan lawatan tersebut dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan negeri,” katanya.

Hussin dibebaskan pada Isnin lalu setelah ditahan reman lima hari.

No comments

Powered by Blogger.