Cemar masjid : “Jangan main api,” perkauman, kata KPN

PETALING JAYA, 27 Jan - Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan berkata perbuatan meletakkan kepala babi di dua buah masjid di Petaling Jaya hari ini adalah cubaan pihak tertentu untuk “bermain dengan api” bagi mencetuskan perselisihan kaum.

Menurut beliau, polis telah diarah menambahkan rondaan semu rumah ibadat di seluruh negara berikutan insiden terbaru di Masjid Jumhuriyah di Taman Datuk Harun dan Masjid Al-Imam Termizi di Taman Sri Sentosa.

“Ini kejadian tidak menghormati ummah yang beribadah. Mereka cuba untuk melakukan provokasi,” kata Musa kepada pemberita.

“Saya memberi amaran keras (kepada pihak berkenaan) jangan bermain dengan api, ini boleh mencetus pergaduhan kaum,” tambah beliau.

Ahli Parlimen Pantai Dalam Nurul Izzah menggesa kerajaan persekutuan supaya mengambil langkah lebih pro-aktif dan bukan setakat menjalankan siasatan “biasa” ke atas siri serangan terhadap masjid dan rumah ibadat kaum lain.

“Kita patut wujudkan sebuah Suruhanjaya DiRaja untuk melakukan siasatan. Isu ini sudah terlampau dipolitikkan. Saya fikir tidak cukup adakan siasatan biasa,” sahaja, tegasnya.

Nurul berkata serangan terbaru terhadap rumah ibadat jelas bertujuan untuk menimbulkan provokasi agama.

“Saya marah dan khuatir dengan perkembangan terbaru ini. Kita lihat bagaimana serangan melemparkan satu kehinaan. Seolah- olah mahu mencetus insiden,” tambah beliau.

No comments

Powered by Blogger.