Terjunan tanpa henti di Menara KL sempena tahun baru

KUALA LUMPUR: Seramai 10 penerjun tempatan akan membuat terjunan tanpa henti bagi memeriahkan sambutan tahun baru 2010 di Menara Kuala Lumpur esok.

Menurut kenyataan Menara Kuala Lumpur hari ini, pengunjung menara itu berpeluang menyaksikan dengan lebih dekat terjunan "Base" yang akan dilakukan semua penerjun pada malam itu.

Acara itu antara lain diadakan untuk memeriahkan sambutan tahun baru di mana pertunjukan bunga api di sekitar bandaraya dapat disaksikan dari Pelantar Terbuka menara dengan ketinggian 300 meter.

Orang ramai boleh menyaksikan acara terjunan itu serta pemandangan di sekitar Kuala Lumpur dengan bayaran RM50 untuk warga Malaysia dan RM80 bagi warga asing. - Bernama

ajak la rosmah dan najib skali baru best hahahahaha...terjun sampai....

No comments

Powered by Blogger.