Wakil DAP cadang peruntukan untuk sekolah agama rakyat

MOHD SHUBIHI MUHAMAD ZAIN dan BASHIR ISHAK

ALOR SETAR: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Darul Aman, Lee Guan Aik mencadangkan kerajaan negeri memperuntukan sejumlah wang untuk membantu sekolah-sekolah agama rakyat di negeri itu.

Cadangan itu dikemukakannya semasa sesi perbahasan usul menjunjung kasih titah perasmian Mesyuarat Bajet 2010 dan pembentangan bajet pada 21 November lalu.



Menurut beliau, sekolah agama rakyat yang berperanan memberikan pendidikan agama kepada pelajar-pelajar di negeri ini mesti dibantu bagi membolehkan sekolah ini beroperasi dengan lebih baik.

Lee turut mengingatkan kerajaan agar tidak melupakan bantuan kepada sekolah-sekolah jenis kebangsaan cina dan tamil yang turut memainkan peranan yang hampir sama dalam mendidik pelajar-pelajar di negeri itu.

Beliau turut mencadangkan jumlah peruntukan 1 peratus kepada sektor pelancongan ditambah kepada jumlah yang lebih besar agar sektor ini dapat dimajukan seperti saranan Sultan Kedah dalam titah perasmian baginda.

Jelasnya, Kedah mempunyai banyak tempat-tempat menarik yang boleh dimajukan dan kerajaan perlu menggunakan sepenuhnya peluang yang sedia ada bagi menarik kemasukan pelancong ke negeri itu yang pastinya akan meningkatkan hasil negeri.

No comments

Powered by Blogger.