Perutusan Eid Al Adha

Saya, mewakili keluarga dan segenap lapisan kepimpinan & akar umbi Parti Keadilan Rakyat ingin mengucapkan selamat menyambut eid al adha dan menjalankan ibadah korban kepada seluruh rakyat Malaysia yang beragama Islam.

Ibadah korban mengajar erti taat kepada perintah Allah SWT, sabar dengan ujian, mendidik untuk terus membina keyakinan diri juga kepada mereka yang berada di sekeliling kita.

Kita diseru untuk mengambil iktibar dari tawarikh para anbiya dan solihin. Ini kerana, pada mereka ada petunjuk buat kita yang mahukan melaksanakan perintah Tuhan Yang Maha Adil, ibarat bintang gemerlapan menunjuki pelayar di lautan luas. Mereka melalui rintangan dan ujian yang dahsyat, namun inshaallah kejayaan akan dikecapi akhirnya.

Marilah kita berdoa moga umat Islam yang pergi menunaikan ibadah haji kekal dalam keselamatan dan tidak ditimpa sebarang kemalangan.

ANWAR IBRAHIM

No comments

Powered by Blogger.