KONSPIRASI DI PAFA

Oleh : Izham Irwan

Presiden Persatuan Bolasepak negeri Perak (PAFA) Dato’ Seri Ir Mohd Nizar Hj Jamaludin sepatut nya di beri ruang dan peluang untuk menangani masalah yang di hadapi oleh PAFA dengan FAM. Ini kerana hutang yang di tanggung oleh PAFA adalah hutang yang berpunca dari pengurusan PAFA pada tahun 2006 hingga 2008 yang lalu. Tidak perlu Nizar melepaskan jawatan nya,sedangkan masih ada ruang untuk mengatasi masalah tersebut walaupun terdapat pihak yang mempunyai agenda politik mendesak beliau berbuat demikian.

Kita perlu faham bahawa masalah dengan FAM hanya lah merupakan cadangan dari Jawatankuasa Pertandingan kepada Jawatankuasa Eksekutif FAM dan belum di putuskan secara muktamad. Sebagai Presiden yang bertanggungjawab, Nizar tidak akan membiarkan perkara tersebut berlarutan, walaupun beliau boleh berbuat demikian. Pujian harus di beri kepada Nizar, kerana sepanjang penglibatan beliau dalam PAFA, tiada hutang yang di tanggung oleh Persatuan dan tidak timbul masalah pembayaran elaun dan gaji kepada jurulatih dan pemain-pemain serta kakitangan pengurusan. Beliau juga telah menaikkan gaji kakitangan di bahagian pentadbiran PAFA sedangkan selama bertahun-tahun berkhidmat dengan PAFA, kakitangan tersebut tidak pernah di berikan kenaikan gaji oleh Presiden-Presiden PAFA sebelum ini.

Tiba-tiba terdapat beberapa pihak yang melenting , di antara nya bekas pemimpin PAFA dan beberapa orang Ahli Majlis dengan membuat kenyataan di akhbar, mendesak supaya Nizar berundur dan melepaskan jawatan. Sebenar nya mereka lah bekas pemimpin yang telah meninggalkan hutang serta bebanan kepada PAFA selama ini dan telahpun di singkirkan dari PAFA. Di sebalik kenyataan yang di buat, mungkin ada agenda yang tersembunyi di sebalik tabir. Kenapa mereka perlu menyalak sekarang, sedangkan mereka tiada kena mengena langsung dengan PAFA.

Mereka berbuat demikian mungkin kerana ingin mencari publisiti murahan atau di sebabkan memegang bendera berlainan warna. Semasa DYTM Raja Nazrin menjadi Presiden PAFA , tuanku tidak dapat bertahan lama, kerana walaupun tuanku berusaha untuk mengisi tabung kewangan PAFA, pegawai kanan yang di harapkan oleh beliau telah menyalahgunakan peruntukan kewangan yang ada. Ketika ke luar negara untuk memilih pemain import, kuncu-kuncu beliau di bawa bersama tanpa perkenan tuanku. Tidak kah ini menyalahgunakan kuasa. Kerana sikap tamak dan rakus beliau untuk mengaut keuntungan selagi memegang jawatan, apajua kerja-kerja yang mendapat pulangan yang lumayan, semua nya di sapu bersih.. Setelah hal yang sedemikian dapat di hidu oleh DYTM tuanku, dengan itu, tuanku mengambil keputusan untuk melepaskan jawatan selaku presiden PAFA. Samada jujur atau tidak pegawai tersebut , kita fikir-fikir kan lah.

Sekira nya kita berfikir secara professional, wajarkah sebagai seorang Ahli Majlis, kita mendesak presiden untuk meletak jawatan tanpa sebab yang munasabah sedangkan kita tahu punca masalah sebenar. Semasa mula-mula mengambil alih kepimpinan PAFA, semua Ahli Majlis memuji Nizar dan berikrar akan menyokong kepemimpin beliau. Lagipun ketika itu, Nizar adalah MB Perak. Biasalah pada golongan hipokrit ini, sikap mengampu dan bermuka-muka telah bersemadi di jiwa mereka, tanpa di sedari oleh Nizar. Ketika itu, Nizar berharap dan percaya, bahawa semua Ahli Majlis akan membantu beliau untuk memastikan Perak akan cemerlang dalam sukan bolasepak tanpa mengira warna bendera. Itu lah kesilapan besar yang Nizar telah lakukan. Kalau tidak masakan Zainol Fadzi, musuh politik beliau, di lantik sebagai pengurus pasukan Piala Presiden. Jadi, apabila kemelut dengan FAM ini melanda PAFA, kenapa tiba-tiba mereka tidak memberi sokongan dan membantu Nizar, sebalik nya menikam beliau pula.

Mudah saja jawapan nya, kerana Nizar bukan lagi MB Perak, dan tidak perlu lah Nizar di ampu ataupun di tatang mahupun di sokong. Lagi pun, Nizar bukan orang UMNO. Selain daripada itu, terdapat ‘tangan-tangan ghaib’ yang telah merancang untuk mengambil alih pengurusan PAFA. Bayangan cabinet PAFA musim 2010 – 2012 telahpun di susun dan beberapa Ahli Majlis yang tidak bersekongkol dengan mereka akan di nyahkan dari PAFA, termasuk Naib Presiden, Dato’ Seri Abdullah Hishan dari Taiping. Sekiranya Nizar tunduk kepada kehendak mereka, sudah pasti pengurusan di PAFA bertambah kusut dan siapa kah yang akan mentadbir PAFA? Kesempatan ini lah yang di tunggu dan akan di ambil oleh mereka untuk membuat percaturan yang licik untuk merampas kuasa. Jelas termaktub dalam perlembagaan PAFA, jawatan Presiden di pilih semasa AGM dan untuk mengadakan AGM seterus nya, ialah pada tahun 2010. Oleh itu perlu kah EGM di adakan sedangkan masalah dengan FAM boleh di selesaikan sebelum tamat tarikh tempoh yang di berikan. Lagipun tahun 2010, tak sampai dua bulan pun.

Kalau mereka mempunyai prinsip, meletak jawatan adalah cara yang terbaik sekira nya tak sehaluan dengan ‘boss’ tetapi yang aneh nya, mereka tidak mahu meletakkan jawatan. Kenapa? Sebab nya mereka inginkan kuasa untuk mencapai hajat yang di idamkan selain dari menggunakan Persatuan sebagai tempat ‘cari makan’. Setelah Nizar di jatuhkan di persada negeri, maka tercipta lah tiga bendera dalam PAFA iaitu bendera PERAK, UMNO dan PR. Tidak kah ini di namakan ‘politik’ dan siapa yang memulakan nya. Jawapan nya mudah sahaja, Ahli Majlis yang terdiri dari ahli UMNO lah yang memporak perandakan PAFA dan menyebarkan fitnah dan mencipta masalah dari masa ke semasa. Mereka menjalankan peranan sebagai ‘jarum ‘ ke daerah-daerah tertentu bagi tujuan merealisasikan hasrat terpendam. Terlebih dahulu, mereka memujuk supaya Zainol Fadzi bersetuju mengambil alih kepimpinan PAFA, sudah pasti penat lelah mereka akan dapat pulangan yang setimpal kemudian hari dan di beri imbuhan oleh Zainol. Bukan kah tradisi ini di amalkan dalam pemilihan UMNO?

Siapa yang naikkan ‘boss’ akan di beri ganjaran yang setimpal. Selepas itu, mereka akan menuntut apa yang perlu sebagai balasan, termasuk lah jawatan dalam Persatuan kerana alasan mereka, Zainol tidak akan berjaya tanpa usaha mereka selama ini. Semua tindakan ini jelas satu tindakan yang ingin mengheret PAFA ke kancah politik dan menjadikan PAFA satu platform politik bagi mereka. Sekira nya Zainol terperangkap dengan mainan kumpulan ini, karier politik beliau akan malap dan boleh menjejaskan kredibiliti beliau sebagai seorang Exco. Oleh itu adalah lebih baik Zainol tumpukan sahaja pembangunan sukan yang ada di seluruh pelusuk negeri Perak dan menjaga KPI beliau.

Persoalan nya, mampu kah Zainol menjadi Presiden yang ada kelas tersendiri, dalam keadaan beliau yang sudah tentu akan sibuk sebagai seorang ADUN dan portfolio yang di sandang nya. Seandai nya beliau mahu pula menjadi pengurus pasukan, supaya di lihat lebih menonjol, siapa kah yang akan mengurus pasukan nanti. Sudah pastilah penolong kepada beliau yang kita sendiri belum pasti siapa, tetapi tidak salah jika kita andaikan , salah seorang dari kumpulan ini akan di lantik. Tak perlu lah kita ambil contoh yang jauh, cukuplah semasa penolong pengurus beliau mengendalikan pasukan Piala Presiden Perak, terdapat banyak tuntutan yang mencurigakan telah di kemukakan semata-mata untuk menyapu kantung PAFA., tetapi berjaya di kesan oleh pengurusan PAFA. Ia nya juga telah sampai ke pengetahuan keluarga pemain dan sembang-sembang di warung-warung di Ipoh, ada yang mengatakan beliau ‘membuat duit’ dengan kepercayaan yang di beri oleh Zainol.

Samada Zainol selaku Pengurus tahu atau pun tidak, kita tak pasti, tetapi sebagai Pengurus, Zainol kena tahu dan sekiranya beliau tahu, kenapa kah beliau menyokong tuntutan tersebut tanpa menyemak nya terlebih dahulu, ataupun beliau segaja menutup sebelah mata kerana sebab-sebab yang tertentu? Seandai nya pegawai serupa ini di berikan jawatan dalam pengurusan pasukan yang lebih besar, tidak kah beliau akan ‚makan besar’. Tepuk dada tanya selera.

Masih ada ruang untuk Nizar memperbaiki serta menangkis serangan dari ‘musuh dalam selimut’ beliau. Singkirkan saja Ahli Majlis yang di lantik oleh beliau yang di dapati sahih menikam beliau. Bagi AJK yang yang di pilih di AGM pula, mereka seharus nya di kenakan tindakan disiplin kerana menentang secara terbuka kepimpinan Presiden dan membuat kenyataan di akhbar tanpa kebenaran Presiden. Kita tidak arif tentang perlembagaan PAFA, tetapi lazim nya, sekira nya kenyataan akhbar hendak di buat oleh sesiapa pun selain dari Presiden, kebenaran mesti lah di pohon terlebih dahulu.

Jelas, kenyataan yang di buat oleh Khairuddin, selaku Naib Presiden, langsung tidak menyebelahi Nizar. Mengapa dan kenapa? Mengikut sumber-sumber yang boleh di percayai, Nizar bukan lah pilihan beliau dan kuncu-kuncu nya untuk menerajui PAFA semasa AGM pada tahun 2008 yang lalu. Walaubagaimanapun, beliau terpaksa akur dengan kehendak ahli gabungan, dan kemenangan beliau sebagai Naib Presiden, adalah di sebabkan percaturan yang di buat melalui SMS kepada gabungan-gabungan tertentu dan strategi yang di praktikkan sejak penglibatan beliau selama 30 tahun dalam PAFA lagi. Jika tidak berbuat demikian, beliau sudah pasti akan tersingkir. Dengan keadaan politik di Perak kini yang tidak menyebelahi Nizar, peluang keemasan ini di ambil oleh beliau untuk membalas dendam dan menyingkirkan Nizar dengan menjadikan salah seorang daripada ahli majlis yang mempunyai jawatan ‘exco’ sebagai ‘batu loncatan’.

Tanpa beliau sedari, sokongan dari daerah-daerah yang menjadi ahli gabungan PAFA dan ahli majlis adalah di perlukan, dan bukan nya mudah untuk mempengaruhi semua daerah kerana kebanyakan nya sudah celik..Mereka menyedari peranan beliau dan sumbangan beliau kepada PAFA selama ini tidak sehebat mana dan boleh di pertikaikan, terutama nya dengan jawatan beliau sebagai Naib Presiden yang hanya duduk di kerusi sahaja. Di katakan hendak membantu dari segi kewangan, ‘jauh panggang dari api’. Lagi pun, mereka berpendapat, khidmat Khairuddin telah sampai di penghujung nya walaupun beliau sendiri tidak beranggapan sedemikian.

Kebanyakan daripada daerah yang bergabung dengan PAFA telahpun bertukar pucuk kepimpinan dan bagi generasi muda yang cerdik, mereka tidak memerlukan pegawai yang hanya mementingkan jawatan untuk kepentingan diri. Namun beliau masih di sokong oleh dareah yang masih tidak bertukar wajah, ini lah realiti nya dalam PB Daerah yang bergabung denag PAFA. Ini kerana hubungan sebagai kawan dengan hanya mendapat habuan ,secawan ‘kopi’ sudah memadai untuk mendapatkan sokongan. Walaubagaimanapun, beliau masih berusaha supaya masih ada ruang untuk beliau bertahan di PAFA.

Sekira nya Nizar enggan melepaskan jawatan dan masih menjadi Presiden PAFA, sudah pasti Khairuddin akan terkubur di mesyuarat Agong yang akan datang dan inilah ‘mimpi ngeri’ yang beliau amat takuti. Oleh itu, usaha secara ‘senyap’ dengan penglibatan beberapa orang yang terpengaruh dengan nya sedang di lakukan untuk menjatuhkan Nizar dan menaikkan seseorang yang masih kabur dalam perjalanan liku-liku yang berduri di dalam PAFA.

Oleh itu semua peminat Perak harus lah memahami situasi dalaman PAFA itu sendiri sebelum menerima bula-bulat kenyataan dan kritikan dari pihak yang tidak bertanggungjawab. Fikirkan lah secara terbuka, kerana dalam mana-mana Persatuan sukan di Malaysia, pegawai-pegawai yang suka bermuka-muka, pandai mengampu, yang sudah usang untuk berada dalam Persatuan, mempunyai kepentingan peribadi, inginkan populariti, di fikirkan lebih layak untuk menjawat jawatan. Bagi yang mempunyai idea, pandai bercakap, tidak menurut kehendak golongan tertentu, mereka di anggap sebagai ‘pengacau’ dan mesti di ‘cantas’, dengan apacara sekali pun. Dengan berbuat demikian, bagaimana kah sesebuah Persatuan iti akan maju ke hadapan? Bukan kah cantas mencantas ini hanya terdapat di dalam pemilihan part politik sahaja.

Kegagalan PAFA dalam melaksanakan apajua perancangan adalah di sebabkan oleh :

1. Persatuan itu di politikkan semata-mata untuk mengukuhkan kedudukan politk pihak tertentu dan pengikut-pengikut nya serta membuat keuntungan dengan kedudukan yang ada..
2. Penglibatan orang politik yang mengenakan syarat terlebih dahulu sebelum menyertai Persatuan.
3. Dana yang di perolehi untuk Persatuan tidak di masukkan sepenuh nya ke tabung Persatuan di mana sebahagian daripada nya di ambil untuk kepentingan politik.
4. Perlantikan bagi jawatan Presiden dan Ahli Majlis tidak di buat secara telus. ( ada team A dan B )
5. Setiausaha yang di lantik tidak berpengalaman dalam mentadbir Persatuan.
6. Sikap’neutral’ tidak di amalkan oleh pemegang jawatan dalam Persatuan.
7. Sekadar berpuashati menjadi AJK walaupun sepatut nya telah berundur
8. Penjawat jawatan di daerah-daerah mudah terpengaruh dan di beli, semasa pemilihan di AGM dan lantikan AJK di buat secara ‘package’ seperti di mesyuarat pemilihan Jawatankuasa bahagian.

Sebagai warga negeri Perak yang sayang dan cintakan bolasepak, marilah sama-sama kita fikirkan kaedah yang terbaik untuk menyelamatkan PAFA dari terus di monopoli oleh pihak yang tidak bertamadun ini. Selamatkan lah PAFA dari cengkaman mereka yang mempunyai kepentingan peribadi.

Mungkin kita boleh berkata, PAFA memerlukan individiu yang lebih layak dan mempunyai kredibiliti untuk membawa perubahan kepada PAFA serta menjamin kebajikan pemain, pegawai serta petugas terlibat. Persoalan nya di sini, apakah Nizar tidak mempunyai cirri-ciri yang di perlukan seperti di atas. Kita tidak usahlah bertanya kepada kumpulan yang hendak menjatuhkan Nizar, cuba kita ajukan soalan ini kepada pemain, pegawai dan petugas yang terlibat itu sendiri. Di situ lah jawapan sebenar yang akan kita dapat. Jangan cakap lah fasal perubahan kepada PAFA, ahhh.....mengarut jer. Cuba kita imbas balik kepimpinan semasa Ramli Ngah Talib, Tajul Rosli, dan Dato, Zahid.

Secara jujur nya, apakah perubahan yang kita nampak. Tidak ada apapun perubahan, hanya yang kita nampak, tumpuan hanya di pengurusan Liga Super dan di monopoli oleh orang politik menjadi pengurus pasukan. Siapa yang menjadi Pengurus, kedudukan ini akan melonjakkan populariti beliau untuk kepentingan peribadi dan politik beliau. Betul, pengurus cari duit untuk pasukan tetapi berapa peratus kah dari jumlah sebenar sumbangan yang di perolehi, di salurkan kepada persatuan mahupun pasukan. Selebih nya di belanjakan ke mana. Kalau ikut logik nya, sekira nya kesemua sumbangan yang di perolehi disalurkan ke pasukan, tiada hutang yang akan di tanggung oleh PAFA.

Sebab itu bolasepak dengan politik adalah dua perkara yang berbeza, tetapi sekiranya pengurusan nya melibatkan orang politik, secara tidak langsung, bolasepak itu akan di politikkan sebagaimana orang itu berpolitik. Tidak salah nya orang politik mahu menguruskan sesebuah pasukan bolasepak, tetapi biarlah pengurusan itu memperlihatkan ketelusan dan kemampuan sebenar beliau.. Lagi pun tidak semesti nya orang politik yang memegang jawatan dalan bidang sukan, akan memastikan kejayaan sesebuah pasukan kerana beliau harus sedar, lantikan yang dibuat untuk bidang sukan di peringkat negeri, adalah lantikan untuk memenuhi kuota exco yang di tetapkan dan bukan nya berdasarkan kepada pengalaman atau kebolehan beliau di bidang sukan.

Bagi mengelakkan perkara tersebut, biarkan lah pasukan di urus oleh mereka yang tidak berkepentingan dalam politik atau perniagaan supaya apa sahaja pergolakan yang berlaku, persatuan itu tidak di politikkan. Jika sekalipun orang politik hendak menerajui PAFA, biarlah mereka bukan nya ‘orang kuat kerajaan’ yang memegang portfolio sukan sahaja, kerana sekira nya beliau tidak memegang jawatan itu lagi, kesan nya akan menimpa persatuan tersebut. Sebagai peminat, kita pula tidak seharus nya meletakkan terus kepercayaan untuk beliau memimpin berdasarkan jawatan yang di sandang nya. Ini lah perubahan minda yang perlu di lakukan oleh pencinta sukan bolasepak di Malaysia.

Kita percaya, sekira nya, PAFA di terajui oleh pegawai yang telus seperti Nizar, pencapaian yang cemerlang dapat di capai dengan izin allah swt. Bagi DS Zamry, masa untuk beliau bersama PAFA bukan lah begitu lama untuk di tunggu, tetapi bersabarlah untuk seketika. Bincang lah bersama Nizar untuk menyelamatkan Perak tanpa mengira warna bendera. Dengan itu, beliau seharus nya memainkan peranan yang lebih efektif supaya Persatuan Bolasepak Perak (PAFA) tidak di rampas oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

No comments

Powered by Blogger.