Guan Eng sangkal dakwaan Gerakan

GEORGETOWN , 26 Nov. : Ketua Menteri, Lim Guan Eng tetap mengekalkan pendiriannya tidak menipu dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) terdahulu apabila menafikan dakwaan Pengerusi Gerakan Negeri, Datuk Dr Teng Hock Nan bahawa tanah Lot 408 yang berstatus pajakan 99 tahun masih lagi milik Kerajaan Negeri sebelum ditukar status kepada hak milik kekal oleh Kerajaan Negeri pimpinan Pakatan Rakyat (PR).

Guan Eng berkata, terdapat rekod ketuanpunyaan dalam geran hak milik sementara Lot 408 yang menunjukkan PDC Heritage Hotel Sdn Bhd (PHH) memiliki hak ke atas tanah itu dan membuktikan ia kini bukan lagi milik Kerajaan Negeri disebabkan YTL Corporation Berhad mempunyai pegangan syer lebih tinggi sebanyak 51 peratus berbanding Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) sebanyak 49 peratus.

Menurutnya, beliau turut merujuk kepada Seksyen 5 Kanun Tanah Negara yang jelas menunjukkan tanah pajakan 99 tahun tidak termasuk dalam tanah-tanah milik Kerajaan Negeri.
“Saya hairan mengapa Dr Teng berani mengatakan tanah Lot 408 masih dimiliki oleh Kerajaan Negeri walaupun Kerajaan Negeri pimpinan Barisan Nasional (BN) sebelum ini menjual tanah itu kepada syarikat swasta dan memberikan pegangan syer lebih tinggi kepadanya.

“Saya fikir beliau perlu belajar undang-undang di sekolah atau universiti sekiranya isu sebegini pun beliau masih hendak berdolak-dalik,” katanya pada sidang media sempena taklimat dan lawatan kerja ke Penang Port Sdn Bhd (PPSB), semalam.

:Mengenai kontroversi pelantikan Setiausaha Perbandaran Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Patahiyah Ismail sebagai Pemangku Yang Dipertua (YDP) MPPP baru-baru ini, Guan Eng tetap menegaskan keputusan pelantikan itu adalah mengikut peruntukan undang-undang yang sah.SH

No comments

Powered by Blogger.