Tahniah PAS..DAP..PKR Selangor!

Projek kontroversi tanah perkuburan yang dicadangkan di kawasan hutan simpan Ayer Hitam akan dibatalkan, kata ahli exco kerajaan Selangor, Ronnie Liu.

"Pertama, ianya kawasan hutan simpan. Kedua, lokasi yang dicadangkan itu banyak sungai. Ianya tidak sesuai untuk dijadikan tanah perkuburan," kata.

Liu mengulas bantahan penduduk Taman Saujana Puchong semalam, yang menunggu keputusan kerajaan negeri sama ada mahu meneruskan projek itu atau sebaliknya.

Ketika dihubungi, Liu berkata tiada sebarang pengumuman dibuat setakat ini kerana perkara itu perlu diputuskan dalam mesyuarat jabatan perancangan negeri bulan depan.

Tambahan pula, kata beliau, tapak alternatif juga belum disahkan.

Projek tanah perkuburan itu yang dirancang sewaktu pentadbiran kerajaan BN, dan mengikut Pelan Draf Tempatan Subang Jaya, ia membabitkan kawasan 55 ekar (22 hektar) serta pembinaan tempat pembakaran mayat.

Penduduk di kawasan perumahan di situ telah menubuhkan sebuah jawatankuasa membantah projek tersebut atas alasan yang menceroboh kawasan hutan simpan di situ.

Mereka juga bimbangkan projek itu akan mengakibatkan harga hartanah di situ jatuh dan berlaku pencemaran dari tempat pembakaran tersebut.

Sementara itu, pengerusi jawatankuasa alam sekitar, pengguna dan alam sekitar Selangor, Elizabeth Wong pula berkata, kerajaan negeri tetap dengan keputusannya untuk melindungi kawasan hutannya.

"Saya adalah antara yang membantu penduduk di situ memulakan kempen membantah cadangan menceroboh hutan simpan tersebut. Pendirian kami tidak pernah berubah," kata Elizabeth.

No comments

Powered by Blogger.