Apa dicari pasukan F1 1Malaysia?

Oleh SHIRZAD LIFEBOAT

Pada tahun 1958, apabila Collin Chapman mengambil keputusan menubuhkan pasukan F1 Team Lotus dan berlumba buat julung kalinya di Grand Prix Monaco pada tahun tersebut, hanya satu sahaja menjadi matlamat jurutera struktur British itu dan ia sudah tentulah bukan kerana mahu 'melonjakkan industri pelancongan' (meminjam kata Menteri Pelancongan Malaysia mengenai penubuhan dan seterusnya pembabitan Pasukan F1 Malaysia).



Lima tahun terdahulu, Chapman menceburi industri pembikinian kereta dengan menjadikan kereta Austin 7 yang diubahsuainya pada 1949 sebagai kereta Mk1 keluaran syarikatnya.

Justeru, kejohanan F1 yang bermula di Litar Silverstone, England memberikan peluang keeamasan kepada beliau bagi memajukan perniagaan dan langsung tidak ada kena mengena dengan seruan kerajaan Great Britain ketika itu untuk 'melonjakkan' pelancongan mahupun bagi mengampu kerajaan negaranya untuk merealisaskikan One Great Britian.

Begitulah juga halnya dengan Enzo Ferarri, pengasas pasukan F1 Scunderia Ferrari. Apabila dia meninggalkan pekerjaannya sebagai mekanik kota gear dan sekali gus berlumba untuk kereta majikannya, Alfa Romeo, hanya satu satu sahaja menjadi visinya - mencipta kereta bagi membolehkan pemiliknya mengalami pengalaman hampir-hampir serupa seperti memandu sebuah kereta lumba (Formula 1).

Walaupun visi Enzo hanya menjadi kenyataan di tangan anaknya Dino Ferrari, namun di antara kedua-dua tokoh ini, sukan lumba kereta adalah untuk perniagaan automotif masing-masing - Chapman untuk Lotus dan Ferrari untuk Ferrari – dua buah kereta eksotik yang tidak perlu diperkenalkan dalam dunia permotoran.

Dan juga menerusi visi mereka berdua, lahirlah lagenda seperti Jim Clark, Graham Hill, Ayrton Senna, Stirling Moss dan juara seperti Emerson Fittipaldi, Mika Hakinnen Nigel Mansell dan beberapa orang lagi yang memandu untuk pasukan Lotus dan lagenda seperti Michael Schumacher, Jack Backbham, Alain Prost dan puluhan juara kejohahan mahupun pemenang perlumbagaan tunggal yang memandu untuk Pasukan Ferrari.

Begitupun, dan mengambil tradisi Great Britain yang menganugerahkan pingat kebesaran kepada rakyatnya, cuma Stirling Moss sahaja yang yang dianugerahkan pingat Order of the British Empire (0BE) kerana jasanya dalam sukan tersebut walaupun tidak pernah memenangi kejohanan F1.

Malah ketokohannya dikenang dan diabadikan menerusi kata-kata lazim anggota polis (trafik) England yang ketika menahan pemandu yang memandu laju, betanya kepada pemandu berkenaan: "Who do you think you are? Stirling Moss?"

Lagenda F1 British lain yang menerima OBE itu adalah Sir Jackie Stewart (menerima pingat kebesaran tersebut dalam tahun 2001 setelah 28 tahun bersara daripada sukan berkenaan) dan Sir Jim Clark (yang menerima OBE secara post-humous pada tahun 1985, iaitu setelah 17 tahun terkorban dalam satu kemalangan perlumbaan Formula 2 di litar lumba Hockenheim, Jerman.)

Sekiranya mereka ini rakyat Malaysia, sudah tentulah mereka akan menerima darjah yang membawa gelaran Tun atau setidak-tidaknya Tan Sri. Ini kerana Malaysia mempunyai kriteria berbeza dan tersendiri dalam menganugerahkan pingat kebesaran. Sebab itu orang seperti bekas pengurus Pasukan F1 Scuderia Ferrari yang sesekali datang ke Malaysia boleh diberikan gelaran Dato' sedangkan jasa dan pengorbanan tokoh pejuang bangsa seperti Onn bin Jaafar hanya layak dikenang sebagai Dato' sahaja kerana, mungkin jasa dan pengorbanannya tidak lagi melayakkan beliau menerima gelaran Tun sebaik sahaja beliau meninggalkan Umno.

Sukan F1 sudah berusia hampir 60 tahun dan dalam masa enam dekad itu banyak pasukan termasuk dari kalangan pengeluar kereta terkemuka sendiri yang sudah gulung tikar, antaranya termasuklah Alfa Romeo, Brabham, Cooper yang telah gulung tikar.

Justeru, apakah kita benar-benar yakin dengan hanya setahun jagung berada dalam industri automatif dan tidak sampai 10 tahun menganjurkan siri dunia itu serta masih berhingus dalam teknologi dan inovasi kereta lumba boleh meraih kejayaan?

Setidak-tidaknya, selain memiliki pasukan yang berjaya menjuarai kategori pembuat dan pemandu dalam F1, Chapman telah mencipta pelbagai inovasi yang digunakan bukan sahaja oleh kereta lumba F1 dan juga kereta lumba lain sehingga kini, malah kereta penumpang hari ini, sebagai contoh topang MacPherson (MacPherson Strut) yang digunakan dalam sistem ampaian (suspension system).

Oleh itu, apakah yang mahu kita capai dengan penubuhan Pasukan F1 1Malaysia? Apakah kita akan berharap akan mencipta sebuah sistem elektrik automotif tercanggih yang bakal digunakan oleh semua pengeluar kereta masa depan? Kita sudah boleh dianggap bernasib baik sekiranya dapat memperbaiki sistem elektrik kereta Proton yang sentiasa dirundung masalah kegagalan kaca tingkap elektrik atau alat-pendingin udara dari berfungsi.

Kita perlu menerima hakikat kita bukannya sebuah negara yang bertradisikan sukan ini. Malah iklan Petronas beberapa tahun dulu yang memaparkan sepasukan lelaki berkuda di sebuah negara Asia Barat menghambat sebuah kenderaan pacuan empat-roda Petronas kerana kononnya Malaysia dikaitkan dengan sukan F1 dan mahu merakamkan foto mereka di hadapan lambang syarikat Malaysia itu tidak mendatangkan kesan dan imej berkekalan sebagaimana dikehendaki.

Benar bahawa menganjurkan acara kejohanan F1 dapat menarik pelancongan dan memperkenalkan imej Malaysia kerana sukan tersebut diikuti oleh seramai lebih daripada 2 billon peminat di seluruh dunia. Tetapi memadailah dengan menganjurkan sukan tersebut di litar kita sendiri. Tak perlulah kita menghabis ratusan juta (dan akhirnya berbilion) ringgit hanya untuk memaparkan imej - imej yang tidak mencerminkan isi sebenar).

Sampai bilakah kita mahu berpura-pura?

No comments

Powered by Blogger.