Penduduk TTDI Serah Memorandum Bantahan Kepada Kedai Serbaneka

SHAH ALAM, 28 Ogos - Kira-kira 100 penduduk kariah bersama para jemaah Masjid Al-I’Tisam, TTDI Jaya hari ini mengadakan demonstrasi secara aman serta menghantar memorandum bantahan kepada tiga kedai serbaneka bagi membantah penjualan arak di Taman TTDI Jaya.

Imam 1 Majid Al-Itisam,Husni Zaim yang mengetuai demontrasi ini berharap kawasan mereka bebas sepenuhnya daripada penjualan minuman keras atau bir kerana jika dibiarkan ia boleh merosakkan akhlak belia Islam.

“Memorandum pada hari ini kita laksanakan, kita buat diatas dasar kesedaran penduduk yang beragama Islam melihat kepada suasana yang berlaku di TTDI Jaya ini, kita telah dapati beberapa kali kes ,kita terserempak dengan remaja beragama Islam telah memberi arak dikedai-kedai arak yang kita datang inilah”,katanya.

Husni berkata demikian kepada pemberita selepas menghantar memorandum tersebut kepada tiga pengusaha kedai serbaneka iaitu Pasar Mini TTDI Jaya, Speed 99 TTDI Jaya dan 7Eleven, petang tadi.

Menurut Husni,memorandum bantahan hari ini turut disertakan sekali dengan tandatangan 1245 penduduk yang menyokong penjualan arak dikawasan mereka dihentikan.

Katanya,kempen mengumpulkan tandatangan penduduk bermula Jumaat minggu lalu.

Justeru itu, Husni berharap pihak pengusaha serbaneka memandang serius perkara tersebut selain menghentikan segera penjualan arak dikawasan mereka.

“Harapan kita bukan kita tujuan untuk menimbulkan provokasi,nak menghuru-harakan,menghalang hak bukan Islam.Harapan kita masyarakat TTDI Jaya ini selamat sejahtera,aman,itu sahaja”,katanya.

Terdahulu, penduduk taman TTDI Jaya ini berkumpul di Masjid Al-I’Tisam selepas solat Jumaat dan kemudiannya berarak ke kedai serbaneka dengan membawa sepanduk yang antaranya bertulis ‘Arak Ibu Maksiat’, ‘Arak Pemusnah Masyarakat’,Arak Membawa Padah dan Remaja Rosak Kerana Arak.

No comments

Powered by Blogger.