Bantuan RM30 Sebulan Untuk Pelajar UPSR Dan PMR

SHAH ALAM, 27 Ogos - Kerajaan negeri akan menyediakan bantuan sebanyak RM30 sebulan kepada pelajar yang kurang berkemampuan di negeri ini.

Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar berkata, bantuan ini akan disalurkan kepada pelajar terpilih bermula bulan ini hingga tiga bulan akan datang membabitkan 1974 pelajar UPSR dan 1029 pelajar PMR yang akan menghadapi peperiksaan tahun ini.

Katanya, kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM300 ribu bagi tujuan tersebut.

“Tiap-tiap bulan kita akan masukkan di dalam BSN, bank mereka semua yang kita sudah dapat maklumat ini. Dan untuk tiga bulan ini,mulai bulan merdeka ini kita akan masukkan duit –duit ini kepada anak-anak muda kita,”katanya.

Dr Xavier Jayakumar berkata demikian ketika sidang media selepas mesyuarat mingguan Exco, di Shah Alam, petang semalam.

Dalam pada itu, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid berkata pemberian wang berkenaan sebagai derma daripada kerajaan negeri untuk membiayai pelajaran mereka di sekolah.

No comments

Powered by Blogger.