Muhyiddin Boleh Baca Strategi Pakatan Rakyat? Wow!!

MUNYONYO (Uganda) 28 Julai - Pakatan Rakyat cuba melakukan strategi psikologi bertentangan apabila pemimpinnya mengatakan bahawa pakatan itu tidak akan berpecah walaupun ada tekanan daripada Barisan Nasional (BN), kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Mereka cuba menutup dengan mengatakan bahawa tidak ada masalah tetapi anda boleh lihat apa yang berlaku di Pulau Pinang, Kedah dan Selangor,” katanya kepada wartawan Malaysia yang membuat liputan Dialog Perkongsian Pintar Global ke-19 di sini Selasa.

Menurut beliau, ada perbezaan serius antara mereka dalam aspek ideologi dan peraturan kerja berkaitan banyak isu.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng di Singapura bahawa pakatan itu tidak akan berpecah sungguhpun semakin tertekan yang kini menjadi tumpuan. - Bernama


kahkahkah....umno nak tutup kelemahan dah! malu kat anak cucu sapa sokong umno lagi! parti KEREmat ni dah tak lama jangka hayat dia. ayuh keluar semua!

No comments

Powered by Blogger.