Ean Minta Polis Siasat Laporan Salahguna Peruntukan JKKK Terdahulu

SHAH ALAM, 28 Julai - Polis digesa menyiasat laporan mengenai dakwaan salahguna peruntukan sebuah Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Ulu Yam di Hulu Selangor yang berlaku empat tahun lalu sewaktu pentadbiran BN di Selangor.

Exco Selangor, Ean Yong Hian Wah hari ini mengesahkan wujud salah guna wang peruntukan JKKK sebanyak 90 ribu ringgit yang telah dipindahkan ke dalam 3 akaun persendirian pada bulan September 2005.

“Bekas Pengerusi JKKK Lee Hing Huat telah mengeluarkan wang sebanyak RM90 ribu daripada akaun JKKK yang lalu. Dari akaun JKKK kepada akaun peribadinya tanpa pengesahan daripada jawatankuasa pada masa itu.Kita ada bank statement, transaction tersebut”,katanya.

Ean yang juga Exco Pembangunan Kampung Baru dan Penyelesaian Kilang Haram berkata, dua laporan polis telah dibuat oleh bendahari JKKK pada masa itu, Wong Kang Foo pada 31 Disember 2005 dan satu lagi oleh pengerusi baru JKKK, Lai Swu Cheng pada 17 Februari lalu.

Menurutnya, Lai juga telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia atau SPRM berhubung dakwaan yang sama pada 16 Disember 2008.

SPRM bagaimanapun, memaklumkan bahawa kesalahan yang dilaporkan itu adalah di luar bidang kuasa SPRM dan maklumat yang diterima telah diedarkan kepada pihak polis.

Lai turut hadir di sidang akhbar Ean di bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor di Shah Alam hari ini.

No comments

Powered by Blogger.