Dr Mansor umum 11 piagam untuk rakyat

(Hrkh)- Calon Pakatan Rakyat Dewan Undangan Negeri (Dun) N12 Penanti, Dr Mansor Othman mengumumkan 11 piagam yang bakal dilaksanakan jika rakyat memberi mandat kepadanya menjadi Adun Penanti 31 Mei nanti.
Iklan




Beliau ketika membentangkan 11 piagam berkenaan menjelaskan, program pertama yang beliau akan laksanakan ialah mewujudkan Pusat Khidmat dalam masa 48 jam sebagai 'One Stop Centre' dan aduan daripada rakyat.

Selain itu beliau akan mengadakan e-mail aduan untuk membolehkan rakyat membuat aduan menerusi internet sepanjang hari di samping menjayakan hasrat dan amalan turun padang ke kampung serta meninjau dari dekat permasalahan rakyat.

Piagam itu juga menyebut bahawa beliau akan mendahulukan kebajikan rakyat serta membanyakan program kebajikan terutamanya membabitkan ibu tunggal, Orang Kurang Upaya (OKU) dan anak yatim.

Memberi bimbingan kepada pelajar dengan menwujudkan kelas tambahan secara percuma terutama pelajar miskin dan membina jaringan dengan Badan Bukan Kerajaan (NGO), Institusi Pendidikan dan sebagainya merupakan sebahagian daripada Piagam yang diumumkan semalam.

"Saya akan lakukan yang terbaik untuk rakyat Penanti maka sebab itu saya dan parti telah menggariskan 11 piagam untuk tindakan, " jelas Timbalan Pengerusi KeAdILan Pulau Pinang itu dalam sidang media yang diadakan.

Menyentuh mengenai persoalan kenapa bekas Adun Penanti, Fairuz Khairudin tidak kelihatan langsung di Penanti, Mansor menegaskan, beliau kini berada di Australia dan tiada kesempatan turun berkempen.

Dalam pada itu katanya Pakatan Rakyat mengalu-alukan mana-mana pemimpin daripada PAS, KeADILan dan DAP supaya datang dan mendaftarkan diri di urusetia di Yayasan Aman sebelum bertugas menerangkan polisi Kerajaan Pulau Pinang atau membantu jentera sedia ada di semua Jentera Daerah Mengundi KeADILan (JDM).

Turut sama dalam sidang media yang diadakan di Yayasan Aman, Penanti ialah Pengarah Pilihanraya Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Saifudin Nasution Ismail dan Pengarah Komunikasi, Johnson Chong

No comments

Powered by Blogger.