siapa orang yang melakukan kerja bodoh dalam pas?

Ambil Tindakan Pada Roslan SMS dahulu

Roslan SMS dilaporkan berkata:

"Pas Selangor kesal jika kenyataan benar (muka surat N4 Sinar Harian edisi Selangor KL 27/4/09)

Pas Selangor melihat usaha untuk melaga-lagakan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang seperti yang didedahkan oleh anak Tok Guru itu, Nik Abduh adalah sesuatu yang amat dikesali, kata Roslan SMS.

"Kalau benda ini terbukti betul, kita tak boleh terimalah sebab usaha melaga-lagakan pemimpin tertinggi dalam mana-mana organisasi adalah sesuatu yang tidak baik lebih-lebih lagi Pas ini parti Islam".


Wahai Roslan SMS, kalau nak menepuk air janganlah air tu berada di atas dulang. Kan dah terpercik ke muka sendiri.

Kalau nak ambil tindakan, mulakan tindakan dengan Roslan SMS dahulu. Sebagai penasihat Presiden PAS, Roslan juga tidak lepas dari tuduhan melakukan kerja-kerja melagakan pimpinan PAS.

Dan sejak bila pula Ketua Penerangan boleh buat kenyataan tanpa merujuk kepada Mesyuarat Perhubungan PAS NEgeri dalam hal-hal yang besar macam ni?



1.0 Blog Malaysiawaves pernah melaporkan kegiatan subversif Roslan SMS mahu membersihkan PAS dari beberapa pimpinan terutamanya Dato Husam Musa (kumpulan Erdogan)dalam satu mesyuarat Dewan Harian PAS Kawasan.

Sehingga laporan Malaysiawaves telah di "pick-up" oleh agensi berita Malaysiakini (http://www.malaysiakini.com/news/94772. Laporan itu jelas menunjukkan Roslan SMS tidak berani menafikan kegiatan beliau dalam dan menyorok di belakang Presiden PAS.

Apakah laporan Malaysiawaves itu? Saya ceduk dari artikel asal:

"Roslan SMS Cuba Berkempen Menjatuhkan Husam Musa Dalam Mesyuarat Kawasan Kelana Jaya

Baru-baru ini Roslan SMS mempengerusi mesyuarat Kawasan Kelana Jaya. Di akhir mesyuarat Roslan SMS telah berkempen kepada ahli-ahli Dewan Harian supaya membersihkan PAS dari “kumpulan Erdogan”.

Beliau juga menuduh kononnya Husam Musa hendak menjatuhkan Presiden PAS, justeru Husam Musa dan kumpulan Erdogan wajib dibersihkan dari PAS secepat mungkin dan tidak perlu menunggu Muktamar PAS yang akan datang.

Beliau juga telah melayangkan berbagai-bagai fitnah kepada pimpinan2 Pusat PAS sambil beliau memuji Mat Sabu. Kononnya Mat Sabu telah wala kepada kepimpinan ulama.

Yang hairannya, “kepimpinan Ulama” Roslan SMS boleh pula mengizinkan amalan memfitnah serta mengadu domba yang Roslan SMS amat aktif sekarang ini."


Ertinya Roslan SMS sendiri terlibat dalam aktiviti melaga-lagakan pimpinan. Tapi sekarang ni, dia pula nak jadi jaguh minta orang dihukum atas perkara yang dia juga buat

2.0 Bukankah Roslan SMS juga terlibat dalam konspirasi membawa Pemuda PAS ke Bangi untuk menyokong usaha Muzakarah PAS-UMNO, yang pada masa itu dilakukan dalam gelap dan dinafikan berlakunya aktiviti itu sama sekali oleh mereka yang terlibat.

Sila rujuk artikel saya itu yang bertajuk "Roslan SMS Harus Nafi Cerita Ini!!!!"

3.0 Selain dari itu blog Roslan juga banyak melayangkan artikel-artikel yang berbau fitnah dan anti Pakatan Rakyat. Ada diantara artikel itu saya telah bidas seperti di bawah ini:

a.Roslan SMS Mahu Kita Menyerang DAP, Bukan Berdakwah Dengan Hikmah

b. Roslan SMS, Berhentilah Mengarut

4.0 Di waktu beliau menjalankan aktiviti-aktiviti anti Pakatan Rakyat ini, beliau masih menjawat jawatan dalam kerajaan tempatan MPSJ sebagai ahli Majlis. Sepatutnya beliau hendaklah meletakkan jawatan beliau sekiranya beliau telah hilang kepercayaan dengan kerajaan Pakatan Rakyat.

Inilah dia contoh orang yang telunjuk lurus tapi kelingking berkait. Syukur kawasan Kelana Jaya telah membuang Roslan sebagai YDP walaupun Tn Guru Hadi merasmikan MEsyuarat tersebut.

Di samping Roslan, sila juga ambil tindakan pada penasihat-penasihat PResiden yang telah....:

a. Memberi tahu Presiden bahawa terdapat bukti Anwar Ibrahim meliwat Saiful Bukhari sehingga Presiden membuat kenyataan di bawah ini dalam satu temuramah Harakah:

"Dakwaan liwat terhadap Dato' Seri Anwar. Adakah ia mengganggu Pakatan Rakyat atau PAS?

Saya tidak mahu kerja-kerja politik diganggu oleh isu-isu berkait dengan masalah individu. Masalah individu diselesaikan secara masalahnya sendiri. Oleh kerana itu saya lebih bersetuju supaya masalah itu diselesaikan di mahkamah yang adil. Kalau Mahkamah Sivil tidak boleh selesai, mestilah dibawa ke Mahkamah Syariah. Yang cara bersumpah (mubahalah) ini, (perlu) sekiranya tidak ada mahkamah."
.

Anwar Ibrahim difitnah dan Presiden hanya berkata itu adalah masaalah pribadi Anwar. Ambil tindakan kepada penasihat tersebut sebelum saya namakan siapa penasihat tersebut.

Penasihat itu juga cuba membawa Saifulk Bukhari bertemu dengan salah seorang ulama besar dalam PAS. Penasihat itu juga mendapat maklumat itu melalui panggilan telefon terus dari Pak Lah.

b. Menasihati Presiden menolak Syed Azman sebagai calon Kuala Terengganu dan menyebabkan jentera tempatan Kuala Terengganu memboikot kempen dan menghantar memorandum bantahan kepada Presiden. Akibatnya, ceramah Raja Petra lebih ramai dihadziri orang dari ceramah Presiden PAS.

Sehingga Tok Guru Nik Aziz menyatakan tindakan penolakan Syed Azman ini sebagai pengkhianatan.

c. Menasihati Presiden kononnya Anwar Ibrahim ini agen Amerika. Ini kerana tuduhan ini datangnya dari Biro Tatanegara. Ini bererti fitnah UMNO telah menyusup masuk PAS.

d. Menasihati Presiden berjumpa UMNO dalam gelap dan tanpa pengetahuan Mursyidul Am dan AJK PAS Pusat. Lebih-lebih lagi, mereka yang terlibat dalam perjumpaan telah menafikan perjumpaan itu berlaku sehingga disahkan oleh Pak Lah.

e. Melambatkan tanda tangan persetujuan PAS menyebabkan projek Sept 16 Anwar Ibrahim gagal.

f. Menasihati Presiden kononnya DAP sedang merosakkan Islam dan kemasukan PAS dalam PR menyebabkan DAP boleh bermaharjalela menghancurkan Islam. Sedangkan ini semua fitnah dari Harussani Zakaria

g. Menasihati Presiden kononnya terdapat pimpinan PAS yang sudah tidak wala' pada Presiden dan lebih wala' pada Anwar Ibrahim. Sedangkan ini semua fitnah.

h. Menasihati Presiden kononnya Presiden di "buli" oleh Anwar sedangkan ini juga fitnah?

dan banyak lagi saya boleh dedahkan.

Pokoknya penasihat-penasihat Presiden inilah yang menyebabkan perpecahan dalam PAS dan antara kedua-dua Tuan Guru. Tugas Ahli PAS adalah menolak kesemua mereka yang terlibat dalam muzakarah/muqabalah kerana sebelum puak-puak ini wujud, PAS bersatu.

Ini adalah fakta yang tidak dapat dinafikan.

http://www.malaysiawaves.com/2009/04/ambil-tindakan-pada-roslan-sms-dahulu.html

No comments

Powered by Blogger.