umno dan pengikutnya hidup penuh penipuan dan dusta!

PPSMI Dan Pengundi Hantu Adalah Perkara Wajib Bagi UMNO

UMNO tidak akan memilih pemimpin yang benar-benar ikhlas untuk memperjuangkan bangsanya mahupun agama.

Contohnya, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, beliau makin berbelit-belit dalam mengeluarkan kenyataan.

Contoh pertama, mengikut laporan Sinar Harian,


"Kuala Lumpur - Kerajaan tidak akan menolak dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) ataupun menerima dasar itu secara bulat-bulat, Kata Menteri Pelajaran Datuk Seri Hishammuddin Hussein."

Kenyataan tersebut memberi mesej jelas kepada kita bahawa PPSMI tetap akan dijalankan sehingga BN terkubur.

Saya amat-amat setuju dengan artikel ini - 7 Sebab Mengapa PPSMI Perlu Ditolak. Dalam masa yang sama kita perlu tolak BN dan UMNO.

Contoh kedua, sepertimana dilaporkan oleh Berita Harian Online,

"SUNGAI PETANI: Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menyifatkan dakwaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengenai kewujudan pengundi hantu pada pilihan raya kecil Bukit Selambau, sebagai taktik lapuk. "

Apakah Hishamuddin berani mengeluarkan kenyataan bahawa Bukit Gantang bersih daripada pengundi hantu?

Saya rasa beliau takut untuk membuat kenyataan tersebut apabila laporan daripada Web Rasmi PRK059 bahawasanya, Sudah 30 tahun meninggal dunia masih dalam daftar pengundi.

"Antaranya kes seorang pemilih bernama Encik Kassim b. Md Amin yang dilahirkan pada 8 Julai 1916. Beralamat di Kampung Ulu Cheh, Kampung Cheh, DUN Changkat Jering. Wakil MAFREL telah menemubual anak perempuan beliau, Puan Rohani bt Kassim (58 tahun). Puan Rohani telah memaklumkan bahawa bapa beliau tersebut telah meninggal pada tahun 1973 (36 tahun lalu)."

"Sebuah lagi kes melibatkan pemilih iaitu Encik Che Man b. Said. Dilahirkan pada 9 Nov 1912 di lokaliti Kg Jelutong, Pengkalan Aor, DUN Changkat Jering. Wakil MAFREL telah menemubual cucunya yang bernama Nasron b. Che Harun di Kg Pecah Batu, Jelutong. Beliau mengesahkan Datuknya, Che Man telah meninggal dunia lebih kurang 8 tahun yang lalu."

Bukti nama ini tidak dibersihkan oleh SPR, slip-slip ini,

1) Encik Kassim b. Md Amin (160708085031)



2) Encik Che Man b. Said (121109085097)


Sila klik pada gambar untuk paparan yang lebih jelas, ataupun terus rujuk kepada web rasmi SPR.

Apakah Hisyamuddin berani untuk membuat kenyataan bahawa Bukit Gantang bersih daripada pengundi hantu?

Sudahlah, rakyat tidak akan terima UMNO lagi, pemimpinnya penuh belitan dan mempunyai rekod rasuah yang amat-amat bahaya.

Memang CELAKA UMNO dalam bab PPSMI!

Memang Mapuh UMNO dengan RASUAHnya!

Mapuh UMNO!

http://peraknews.blogspot.com/

No comments

Powered by Blogger.