selamat al sultan kelantan!

KOTA BAHARU, 30 Mac (Bernama) -- Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendahului senarai 641 penerima darjah kebesaran dan pingat sempena ulang tahun ke-59 keputeraan Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra, pada Isnin.

Dr Ahmad Zahid merupakan penerima tunggal darjah kebesaran Ahli Yang Kehormat Yang Pertama (Seri Paduka) bagi Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (SJMK) yang membawa gelaran Datuk.

Sebanyak 51 yang lain akan turut menerima darjah kebesaran yang membawa gelaran Datuk.

Mereka ialah Panglima Tentera Laut Laksamana Datuk Seri Abdul Aziz Jaafar dan Panglima Medan Tentera Darat Leftenan Jeneral Datuk Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor yang menerima darjah kebesaran Ahli Yang Pertama (Seri Paduka) bagi Darjah Kebesaran Kesateria Mahkota Kelantan Yang Amat Perkasa (SPKK).

Pengarah Urusan Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad Datuk Kamaruzaman Che Mat dan Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad menerima Ahli Yang Pertama (Seri Paduka) bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (SPSK) manakala empat lagi menerima Ahli Yang Kehormat Yang Pertama (Seri Paduka) bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (SPSK) iaitu Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wira Chor Chee Heung, Pengarah Urusan Kumpulan Boustead Holding Berhad Tan Sri Che Lodin Wok Kamaruddin, Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar dan bekas Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Mohd Shariff Omar.

Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Kelantan Ismail Md Noor dan Hakim Mahkamah Tinggi Kota Baharu Datuk Mohd Azman Husin menerima Ahli Yang Kedua (Datuk Paduka) bagi Darjah Kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (DPMK) manakala Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Wijaya Baru Global Berhad Datuk Seri Tiong King Sing dan Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Pengurusan) Kementerian Kewangan Datuk Zalekha Hassan menerima Ahli Yang Kehormat Yang Kedua (Datuk Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (DPMK).

Enam penerima Ahli Yang Kedua (Datuk Paduka) bagi Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (DJMK) ialah Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Negeri Mohd Amar Abdullah, Tengku Indera Pahlawan Diraja (Selangor) Tengku Putra Alhaj Tengku Azman Shah Alhaj, usahawan Thailand Anupasna Suwanmongkol, Pengarah Eksekutif/Timbalan Ketua Eksekutif Kumpulan Wijaya Baru Global Berhad Faizal Abdullah, Pengarah Eksekutif CIMB Bank Berhad Tunku Datuk Ahmad Burhanuddin Tunku Datuk Seri Adnan dan Pengarah Urusan LCL Corporation Berhad Low Chin Meng.

Panglima Lapan Briged Markas Briged Kelapan Infantri Brigadier Jeneral Azizan Md Delin, Ketua Risik 4 Bahagian Staf Perisikan Pertahanan Kementerian Pertahanan Brigadier Jeneral Mat Rashid Ashaari, Panglima Pendidikan dan Latihan TLDM Laksamana Muda Datuk Musa Omar dan Panglima 2 Briged Markas Briged Kedua Infantri Brigadier Jeneral Zulkifli Mansor pula menerima Ahli Yang Kehormat Yang Kedua (Datuk Paduka) bagi Darjah Kebesaran Kesateria Mahkota Kelantan (DPKK).

Seramai 15 penerima Ahli Yang Kedua (Datuk Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (DPSK) iaitu Setiausaha Bahagian Hal Ehwal Imigresen Alias Ahmad, Pengarah Kastam Kelantan Azis Yacub, Timbalan Setiausaha Bahagian Dasar Saraan, Wang Awam dan Khidmat Pengurusan Kementerian Kewangan Bukhari Hasan, Timbalan Mufti Kelantan Che Mohd Rahim Jusoh, Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Taiping Hassan Ab Rahman, Pengarah Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri Mat Noor Nawi, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan)/Pengarah Unit Perancang Ekonomi Kelantan Mohd Azamli Jamaluddin, Profesor Institut Alam dan Tamadun Melayu Universiti Kebangsaan Malaysia Prof Dr Nik Anuar Nik Mahmud.

Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Lembaga Hasil Dalam Negeri Dr Siti Mariam Che Ayub, Ketua Pengarah Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji Jabatan Perdana Menteri Dr Sohaimi Mohd Salleh, Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Datuk Solah Mat Hassan, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan dan Korporat) RISDA Wan Mohamad Zuki Mohamad, Naib Canselor Universiti Malaysia Kelantan Prof Ir Dr Zainai Mohamed, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) Kelantan Dr Zainuddin Ibrahim dan Profesor Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya Prof Dr Mohd Yakub @ Zulkifli Mohd Yusoff.

Seramai 14 penerima Ahli Yang Kehormat Yang Kedua (Datuk Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (DPSK) ialah Presiden Pusat Persahabatan dan Perdagangan Malaysia Abdullah Mohd Salleh, Ketua Penolong Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (D7) Bukit Aman SACII Ahmad Sofian Md Yasin, Komandan Pusat Latihan Polis SACII Amar Singh Ishar Singh, Timbalan Ketua Polis Kelantan SACII Amir Hamzah Ibrahim, Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan Wang persaraan (DiPerbadankan) Azian Mohd Noh, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SACII Hasnan Hassan.

Ketua Jajahan Kota Baharu Ismail Ghani, Timbalan Pengarah (KDN/KA) Bukit Aman SAC1 Muhammad Fuad Abu Zarim, Timbalan Ketua Urusetia KPN (Tatatertib) Bukit Aman SACII Mohd Zulyadaen Ismail, Pegawai Polis Diraja Thailand, Mejar Jeneral Pichet Pitisatetapan, Penolong Ketua Urusetia KPN (Pentadbiran) Bukit Aman P/SACII Razali Ab Razak, Pengarah Urusan Cyberview Sdn Bhd Redza Rafiq Abdul Razak, Pengurus Besar Perkhidmatan Korporat/Setiausaha Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad Datuk Rosely Samsuri dan Komandan Maktab Polis Diraja Malaysia SAC1 Datuk Shabudin Abdul Wahab.

Sultan Kelantan turut berkenan menganugerahkan Ahli Yang ketiga (Taulan) Bagi Darjah Kebesaran Paduka Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (PMK) kepada tiga penerima dan lima menerima Ahli Yang Ketiga (Taulan) Bagi Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (JMK).

Selain itu 12 menerima Ahli Yang Ketiga (Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Kesateria Mahkota Kelantan Yang Amat Perkasa (PKK) dan 30 penerima Ahli Yang Ketiga (Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (PSK). Pengurniaan darjah dan pingat kebesaran ini akan berlangsung di Istana Balai Besar pada Isnin.

Sementara itu seramai 48 penerima Ahli Yang Keempat (Bentara) Bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (BSK), 72 penerima Ahli Yang Kelima (Ahli) Bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (ASK), 23 penerima Bintang Seri Mahkota Kelantan (SMK), 60 penerima Bintang Seri Kelantan (SK), 91 penerima Bintang Ahli Kelantan (AK), 44 penerima Pingat Bakti (PB), 78 penerima Pingat Setia Mahkota Kelantan (PS), 45 penerima Pingat Taat (PT), 50 penerima Pingat Perangai Baik (PPB), 16 penerima Surat Kepujian dan 12 penerima Jaksa Pendamai (JP).

Pengurniaan darjah kebesaran, bintang, pingat, surat kepujian dan jaksa pendamai akan diadakan pada majlis berasingan 30 April ini.

-- BERNAMA

daulat tuaku!

No comments

Powered by Blogger.