pemikiran seorang bapa yang tidak tahu hukum agama!

Puteri pecut dilarang berlari kerana pakaian ketat

PULAU PINANG: Seorang ahli perniagaan terkejut dengan tindakan sebuah sekolah menengah di Gelugor di sini yang melarang anak

perempuannya menyertai acara sukan kerana memakai seluar getah ketat dan t-shirt.

Mohamad Asrul Rashid Mohd Ikbal, 36, berkata anaknya, Baizura, 13, tidak dibenarkan menyertai acara larian dalam olahraga Sekolah Menengah Kebangsaan Haji Mohd Nor Ahmad kerana tidak memakai pakaian sukan seperti yang diarahkan.

Mohamad Asrul berkata, anaknya menyatakan guru sukan di sekolah itu telah memintanya dan dua lagi rakannya memakai t-shirt, seluar trek dan tudung jika ingin terus menyertai acara tersebut.

Baizura pernah terpilih sebagai olahragawati sekolah selama tiga tahun berturut-turut semasa belajar di Sekolah Kebangsaan Bukit Gelugor.

"Dia juga pernah dianugerahkan puteri pecut sekolah itu," kata Mohd Asrul.

Beliau berkata, dalam perbincangan dengan pihak sekolah hari ini, guru sukan dan pengetua sekolah saling menuding jari dan tidak mengaku mengeluarkan arahan berkenaan.

"Yang menjadi kemarahan pihak kami, guru sukan kata arahan itu dikeluarkan oleh pengetua, pengetua pula kata tiada sebarang arahan dikeluarkan," katanya.

Mohamad Asrul berkata, seorang pegawai daripada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) turut hadir dalam perbincangan itu dan beliau yang enggan namanya dinyatakan, berjanji akan menyiasat.

Pengarah JPN, Ibrahim Mohamad, ketika dihubungi berkata beliau tidak dapat mengulas mengenai perkara itu yang kini dalam siasatan. - Bernama

No comments

Powered by Blogger.