muhyiddin mengaku BN akan mengalami kekalahan memalukan di tiga PRK!

Nampaknya Ketua Jentera Barisan Nasional bagi 3 Pilihanraya Kecil, Muhyiddin Yassin sudah mulai memberikan isyarat bahawa mereka tidak yakin untuk memenangi ketiga-tiga pilihanraya berkenaan.

Dalam kenyataannya bersama Bernama hari ini beliau beri amaran kepada para pengundi agar tidak menjadikan tiga pilihan raya kecil pada 7 April ini sebagai satu “pungutan suara” penerimaan rakyat terhadap kepimpinan baru Umno dan Barisan Nasional (BN) oleh Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Saya nak ingatkan ini bukan pungutan suara kepada kepimpinan Najib (Datuk Seri), ini pilihan raya kecil,” katanya kepada pemberita Bernama selepas mendengar taklimat jentera pilihan raya BN di Bilik Gerakan BN Merbok di sini hari ini.

Hah! jelas beliau tidak yakin kerana pilihanraya kecil ini bakal menjadi satu sejarah dan kayu pengukur kepada penerimaan rakyat diawal pentadbiran Najib dan beliau.

Sememangnya ia adalah satu pungutan suara. Kalau nak lagi jelas lagi, bubarkan DUN Perak atau Semua Kerusi Parlimen sekarang. Biar rakyat turun mengundi sekali lagi dan kita lihat sejauh mana Pak Lah menjadi faktor kekalahan BN.

Pastinya Najib akan menerima kekalahan yang lebih teruk dari Pak Lah. Rakyat semakin sedar kini. Sesungguhnya BN sudah tidak diterima rakyat dan 3 Pilihanraya kecil ini bakal menjadi satu ‘pungutan suara’ bagi mewakili rakyat negara ini.

Kini hanya ugutan atau amaran sahaja yang mampu Umno-BN buat sekarang bagi menakutkan rakyat untuk tidak melaksanakan tanggungjawab mereka.

Oleh itu, para petugas Pakatan diminta untuk berkerja bersungguh-sungguh bagi memastikan rakyat keluar beramai-ramai untuk mengundi Pakatan sekaligus menolak BN di bawah kepimpinan Najib-Muhyiddin.

No comments

Powered by Blogger.