macam mana khairy nak kerja kalau ramai orang tak suka?

KUALA LUMPUR 29 Mac - Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin (gambar) menegaskan, sekarang bukan masa yang sesuai untuk memperkatakan bagaimana beliau akan memenangi hati ahli sayap berkenaan.

Sebaliknya Ahli Parlimen Rembau itu meminta, beliau diberikan peluang untuk melakukan kerja-kerja parti bagi membalas kepercayaan yang diberikan perwakilan.

"Sekarang bukan masa yang sesuai untuk bercakap, saya tidak mahu bila saya bercakap orang makin marah.

"Berilah saya peluang untuk bekerja dulu," katanya ringkas sewaktu dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Datuk Seri Najib Tun Razak pada sidang akhbar sejurus berakhirnya perhimpunan agung parti itu semalam berkata, Khairy perlu berusaha memenangi kepercayaan ahli Pemuda supaya beliau diterima sepenuhnya selepas ini.

Presiden UMNO itu turut menyifatkan sikap sebahagian perwakilan yang seolah-olah menolak Khairy sebagai satu cabaran yang perlu diatasi beliau.

Persoalan mengenai penerimaan terhadap Ketua Pemuda itu timbul apabila beliau beberapa kali 'diboo' sewaktu namanya disebut pada perhimpunan selama lima hari itu.

Khairy mengambil alih tampuk kepimpinan Pemuda daripada Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein selepas menewaskan dua pesaingnya, Datuk Seri Mohamad Khir Toyo dan Datuk Mukhriz Mahathir.

semalam kat bukit gantang khairy kena boo lagi! kahkahkahkahkahkah...yang bestnya geng umno sendiri boo kahkahkah...hancurrrrrrrr...... tu la orang dah cakap, hang jangan turun masa pilihan raya! hang nak kerja macam mana? ramai orang tak suka kat hang!

No comments

Powered by Blogger.