ketua wanita umno dah melalut!

SUNGAI PETANI: Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menyifatkan bilangan calon Bebas yang terlalu ramai bertanding pada pilihan raya kecil Bukit Selambau menunjukkan petanda kehancuran Pakatan Rakyat (PR).

Beliau berkata, sebahagian calon Bebas yang bertanding adalah serpihan penyokong PR, sekali gus menunjukkan mereka hilang keyakinan terhadap pemerintahan pakatan itu di Kedah.

Katanya, banyak kelemahan berlaku sepanjang setahun pemerintahan PR di Kedah, mendorong mereka tidak berpuas hati dan sebahagiannya bertanding sebagai calon Bebas apabila ada kesempatan.

“Dulu, sebahagian rakyat menyangka pemerintahan PR lebih baik daripada Barisan Nasional (BN), tetapi sekarang mereka sedar. Semuanya indah khabar dari rupa. Jadi, undilah BN,” katanya.

Pilihan raya kecil itu menyaksikan pertandingan 15 penjuru membabitkan calon BN, PKR dan 13 calon Bebas, paling ramai dalam sejarah pilihan raya negara.

Shahrizat berkata, rakyat juga sudah bosan dengan polemik politik sejak PR mengambil alih tampuk pemerintahan negeri daripada BN pada 8 Mac tahun lalu, sedangkan tiada pembangunan dibawa.

Sebaliknya, beliau berkata, BN yang menguasai kerajaan Pusat sentiasa merancang pelbagai pembangunan untuk semua lapisan rakyat tanpa menjanjikan sesuatu yang di luar kemampuan.

"Inilah yang akan kita terangkan kepada rakyat melalui kempen rumah ke rumah. Kita akan memberi penjelasan supaya rakyat tidak lagi terpedaya. Kita yakin dapat merampas kerusi ini berdasarkan sambutan daripada rakyat," katanya.

Naib Presiden Umno yang juga Pengarah Jentera Pilihan Raya DUN Bukit Selambau, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, pula menyifatkan calon BN, Datuk S Ganesan, 49, adalah yang terbaik untuk membawa perubahan kepada penduduk kawasan ini.

Sehubungan itu, beliau meminta pengundi memberi peluang kepada beliau membuktikan bahawa BN adalah sebuah parti berpegang kepada janji untuk membawa kemajuan kepada rakyat.

"Saya percaya calon BN ini adalah yang terbaik untuk mewakili penduduk di sini dan berharap pengundi memilihnya bagi membolehkan kita merampas kerusi Bukit Selambau daripada PKR," katanya.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, Umno yang sudah merapatkan barisan selepas Perhimpunan Agung Parti berakhir kelmarin akan turut membantu membawa kemenangan kepada calon BN di sini.

Sementara itu, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, yakin ramai calon Bebas bertanding pada pilihan raya kecil itu tidak akan menjejaskan peluang PR.

Beliau berkata, kehadiran ramai calon Bebas itu sudah dijangka kerana mereka ada datang berjumpanya sebelum ini dan mendakwa mereka mempunyai sokongan padu daripada pengundi.

"Mereka seronok hendak bertanding, biarlah mereka bertanding kerana ini negara demokrasi,” katanya.

kahkahkah...lawak tol hang zat....mai dari mana idea hang nak cakap macam tu? kahkahkah...malu zat..malu hang cakap macam tu.... umno kiranya tak masuk pilihanraya ke? aiya....manyak bodoh punya kenyataan!

No comments

Powered by Blogger.