harap noh omar jangan turun berkempen!

Datuk Noh Omar membidas pembangkang kerana menyifatkan skim pembiayaan Tekun Nasional bagi membantu usahawan kecil menyerupai peminjam wang haram yang "mencekik darah".

Tabung pembiayaan itu, kata menteri pembangunan usahawan dan koperasi, telah membuktikan keupayaan membantu peniaga kecil melalui pembiayaan sehingga RM50,000.

"Ada pemimpin PAS menabur fitnah dalam kempen pilihanraya Bukit Gantang mengenai Tekun supaya rakyat membenci agensi itu.

"Bagi pembangkang, apa sahaja usaha pembangunan yang berkesan dan sangat baik yang dilaksanakan oleh kerajaan BN untuk rakyat, dianggapnya perkara yang menyusahkan rakyat," katanya, lapor Bernama.

Beliau bercakap selepas penutupan majlis kementerian bersama pelanggan selama tiga hari di Dewan Changkat Jering malam tadi.

Noh berkata jika seseorang itu mendapat pinjaman Tekun sebanyak
RM15,000, peminjam perlu membayar semula sebanyak RM18,000, dan bukannya RM30,000 seperti yang didakwa oleh pembangkang.

"Itu satu tuduhan supaya rakyat membenci Tekun yang kini sangat popular," katanya.

Noh, juga anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno, berkata pembangkang akan melakukan perbuatan menghasut seperti itu apabila kerajaan melakukan sesuatu usaha untuk membantu golongan miskin,
usahawan dan peniaga kecil.

Kawasan parlimen itu menghadapi pilihanraya kecil yang menyaksikan persaingan sengit calon BN Ismail Saffian dengan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (PAS) dan Kamarul Ramizu Idris (bebas) pada 7 April ini.

Menurut agensi berita itu lagi, Tekun hingga kini menyediakan modal pusingan berjumlah RM1.2 bilion berbanding RM800 juta ketika mula ditubuhkan pada 1998.

Dari 2009 hingga 2010, Tekun diperuntukkan RM200 juta termasuk
RM50 juta bawah pakej rangsangan ekonomi kedua dan baru-baru ini ia turut mendapat tambahan RM6 juta lagi bagi menggiatkan usaha pembangunan dan membantu golongan sasaran.

Tahun lepas agensi itu memberi pembiayaan RM360 juta berbanding RM120 juta tahun sebelumnya.



jangan nak bohong rakyt....rakyat tak bodoh tetapi menteri yang bodoh!

No comments

Powered by Blogger.