hancur umno kali ni....blogger dah mula serang!!

Beberapa orang penulis blog tersohor turut berada di Bukit Gantang bagi membantu memastikan calon PAS, Dato' Seri Ir Mohamad Nizar Jamaluddin memperolehi kemenangan dalam pilihan raya kecil Bukit Gantang.
Iklan




Mereka berada di sini sejak hari Sabtu dan turut sama menyertai perarakan ke pusat penamaan calon bersama penyokong-penyokong Pakatan Rakyat semalam.

Penulis blog yang juga seorang peguam terkemuka, Harris Ibrahim memberitahu Harakahdaily kehadiran mereka semua sebagai tanda sokongan terhadap Nizar yang akan bertanding di Bukit Gantang.

"Kami semua akan membantu dengan apa cara sekalipun bagi memastikan kemenangan Nizar dalam pilihanraya kecil ini.

"Kami sepakat untuk memastikan kemenangan Pakatan Rakyat kerana telah muak dengan politik kuno yang masih menjadi amalan Umno dan Barisan Nasional" tegas Harris.

Beliau juga menegaskan penulis-penulis blog yang bersama beliau akan memastikan segala maklumat akan dapat disampaikan kepada pengundi-pengundi di Parlimen Bukit Gantang.

Selain itu tegas Harris, jika memerlukan mereka berkempen untuk pihak Nizar, mereka semua tidak akan teragak-agak untuk melaksanakannya.

Menjelang hari Jumaat lebih ramai penulis blog yang akan berada di Bukit Gantang untuk sama-sama membantu dan menyatakan sokongan kepada calon PAS.

Pagi tadi mereka semua mengikuti rombongan Dato' Seri Mohd Nizar melawat pekan Kuala Sepetang dan beramah mesra dengan peniaga dan penduduk setempat.

Selain Harris, penulis blog lain turut kelihatan antaranya Zorro Unmasked,Del Capo, Shah OBE dan beberapa nama lain.harakah

No comments

Powered by Blogger.