SAMAN JANGAN TAK SAMAN!- MALAYSIAKINI

Pas buat laporan polis

PULAU PINANG 25 Feb. - Pas bahagian Tanjung hari ini membuat laporan polis terhadap Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP), Shabudin Yahaya ekoran kenyataannya berhubung penubuhan Majlis Perundingan Silaturahim Antara Agama yang disifatkan oleh parti itu sebagai fitnah dan berbaur perkauman.

Laporan tersebut dibuat oleh Yang Dipertua Pas Tanjung, Yaacob Omar dan disertai tujuh ahlinya di Balai Polis Jalan Patani di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut pukul 2.50 petang.

Yaacob mendakwa, kenyataan Shabudin yang disiarkan Utusan Malaysia kelmarin adalah semata-mata tuduhan kerana majlis yang dikatakan itu tidak pernah wujud.

"Kenyataannya itu fitnah dan berbaur perkauman dan tuduhan beliau terhadap Ketua Menteri, Lim Guan Eng dan tiga orang Melayu yang dikatakan menganggotai majlis itu berniat jahat dan boleh mencetuskan ketegangan kaum.

"Pada masa yang sama, ia juga boleh menimbulkan rasa tidak senang antara agama-agama di negara ini. Justeru, kami mohon polis menjalankan siasatan terperinci," dakwa beliau pada sidang akhbar selepas membuat laporan polis berkenaan.

Dalam pada itu, Yaacob turut mendakwa majlis itu tidak wujud langsung dan pihaknya juga tidak tahu bagaimana Shabudin boleh memperoleh 'cerita' seumpama itu.

Ditanya berhubung penubuhan Majlis Silaturahim Agama seperti yang diumumkan Guan Eng pada 11 Februari 2009 dan dilaporkan beberapa akhbar tempatan, beliau berkata, laporan akhbar mungkin betul dan mungkin tidak betul.

No comments

Powered by Blogger.