Pemuda Umno: MP Pakatan punca kecoh

Seorang ketua Pemuda Umno bahagian mendakwa kekecohan di bangunan Parlimen berpunca daripada tindakan dua ahli parlimen Pakatan Rakyat yang menerpa rombongan ketua-ketua Pemuda Umno ketika mereka sedang berbincang dengan pengerusi DAP Karpal Singh.

Lat Shahrizat Abdullah, yang turut berada di tempat kejadian mendakwa, dua ahli parlimen pembangkang tersebut telah menimbulkan provokasi sehingga menimbulkan keadaan tegang.

violent attack towards dap karpal singh and lim lip eng at parliament 260209 sequenceKetua Pemuda Petaling Jaya Utara (PJU) mendakwa lagi, tindakan provokasi mereka itu, hampir mencetuskan kejadian tidak diingini.

Wakil-wakil rakyat yang dimaksudkan olehnya itu dipercayai N Gobalakrishan (PKR-Padang Serai) dan Lim Lip Eng (DAP-Segambut).

"Mereka berdua menerpa kita, kita terpa mereka tetapi tidak sempat bertumbuk kerana dileraikan.

"(Tetapi) mereka yang mengasari kita, bukan kita yang mengasari mereka," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Menceritakan kejadian tersebut, Lat berkata, 12 ketua Pemuda Umno bahagian dari Selangor bersama 10 penyokong pergi ke bangunan Parlimen kerana ada temujanji makan tengahari dengan seorang timbalan menteri.

Bagaimanapun, ketika berjalan pulang, mereka terserempak dengan Karpal yang sedang masuk ke dalam dewan dari bangunan pentadbiran Parlimen.

Cabar ulang di luar Parlimen

"Kami menghampirinya dan bertanya 'mengapa anda kata Pemuda Umno celaka. Kamu jangan berselindung di sebalik kekebalan bangunan Parlimen."

"Karpal menjawab 'saya malas nak layan kamu, saya nak masuk dewan Parlimen'," kata Lat lagi.

Sementara Ketua Pemuda Umno bahagian Serdang, Ungku Salleh Ungku Jamal yang turut hadir semalam berkata, rombongan Pemuda itu mencabar Karpal mengulangi perkataan "Pemuda Umno celaka" di luar dewan Parlimen.

Bagaimanapun, pemimpin kanan DAP itu enggan berbuat demikian, katanya ketika dihubungi hari ini.

Ditanya mengenai punca kekecohan itu, Ungku Salleh mendakwa, ia berlaku kerana tindakan Lim yang bertindak keterlaluan.

"Kita tidak ada masalah dengan Karpal, cuma Lim yang menyebabkan ia menjadi kecoh," katanya.

Ungku Salleh juga menjelaskan pihak polis belum mengambil sebarang keterangan daripada beliau berhubung kejadian tersebut.

No comments

Powered by Blogger.