dan Nizar terus disayangi rakyat !!


Wak cukup tersentuh bila wak jumpa MB Perak, YAB Dato' Seri Nizar, bukan si 'zambie' tu..okay ! sori ini bukan wak nak bodek. Wak bukan kaki bodek ! wak cool !! Satu hal yang wak bangga pasal MB wak ni kat mana pun beliau jumpa wak mesti ingat akan nama wak, 'al-Banjari'. Wak tau nama tu memang 'cool' !! Sebenarnya memang wak selalu jumpa pun..! Tapi dalam wak 'cool', ada lagi yang lebih 'cool' yang sering buat ramai rakyat menyayangi beliau. Aura beliau !!

Kan wak dah cakap tu ! itulah MB Perak, DS Nizar ! Selama 2 penggal wak dok dengan MB si Tajol Rosli, tak pernah wak dapat jadi makmum dia, asyik-asyik tok imam tu, tok imam ni..! Tapi dengan Nizar, aduhh...sedap bacaan dia !! Buat solat wak lagi khusyuk..dan khusyuk..!!

Bila MB wak pekena teh o tarik kat gerai..tanpa ada polis dan SB berantai-rantai, rakyat makin konfiden bahwa negara kita ini memang aman ! Tapi kalau dah bertrak-trak yang ikut, wak pun takut...! macam nak darurat jer !! Issh..!

Itu pasal bila ada ceramah beliau, melaut orang yang datang, tanpa disuruh atau dijerit, jauh sekali mendapat upah. Keluar duit sendiri, itu memang yer ! Malah bila ada program macam kat bawah ni hangpa boleh lihat bagaimana Pakatan Rakyat berjaya menyatukan semua kaum tanpa paksaan dan bayaran dibawah satu bumbung di atas satu nama - PERPADUAN...!!!

Jika ikut media arus perdana, foto kat atas digambarkan lebih kurang 50 orang ajer yang datang yeop! Sama ler dengan foto kat bawah ni !

Tetamu lelaki dan wanita diasingkan antara satu sama lain.

Berbagai kaum, bangsa dan agama dibawah satu bumbung atas nama PERPADUAN.

Datang dengan jemputan, pulang tanpa bayaran. itulah perjuangan.

Suasana begini hanya dapat anda lihat dimajlis anjuran Pakatan Rakyat.

No comments

Powered by Blogger.