tindakan najib dalam masa terdekat tidak disukai rakyat!

SUBANG 23 Jan. – Kerajaan belum membuat sebarang keputusan berhubung status pembinaan Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) yang dikenali sebagai KLIA-East di Labu, Negeri Sembilan.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. berkata, perkara itu akan diteliti dari segenap aspek sebelum keputusan dibuat sama ada untuk meneruskan projek itu atau sebaliknya.
‘‘Buat masa ini belum ada keputusan lagi, kita sedang meneliti dan melihat perkara itu.
“Saya hanya akan umumkan selepas mesyuarat, saya tidak mahu mendahului keputusan,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Penyerahan Pesawat Amfibia Bombardier CL415 kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) di sini hari ini.
Bulan lalu, Kabinet meluluskan cadangan pembinaan LCCT untuk AirAsia Bhd (Air Asia) tetapi menurut laporan media, belum ada surat kelulusan rasmi diberikan.
Projek yang dilabelkan sebagai ‘Terminal Rakyat’ oleh AirAsia itu akan dimajukan oleh Sime Darby Berhad dengan kos RM1.6 bilion dan pembiayaannya adalah atas inisiatif swasta.
Menurut AirAsia, pihaknya amat memerlukan LCCT sendiri yang berupaya menyediakan kemudahan yang jauh lebih baik kepada syarikat dan penumpang memandangkan terminal sedia ada yang dikendalikan oleh Malaysia Airports Holdings Bhd. (MAHB) tidak mampu memenuhi pertumbuhan pesatnya. selanjutnya....

anda cuba perhatikan..rakyat banyak menolak projek mega dalam kawalan najib..selepas najib memegang jawatan kat kementerian kewangan ni..banyak projek-projek mega...apa yang rakyat nak tahu ialah semua projek nega ini menguntungkan rakyat atau menguntungkan poket puak pemimpin? cuba rakyat berfikir sejenak!

No comments

Powered by Blogger.