Pertanyaan-pertanyaan parlimen sesi Feb 2009

Pertanyaan-pertanyaan parlimen sesi Feb 2009
Hari ini saya telah menghantar soalan-soalan lisan dan bertulis kepada pihak kerajaan untuk sesi parlimen pertama penggal kedua yang akan bermula pada Feb 16, 2009 nanti. Berikut adalah soalan-soalan saya:


SOALAN 1

Puan Nurul Izzah Binti Anwar [Lembah Pantai] minta Menteri Pelajaran menyatakan apakah langkah-langkah yang kerajaan ambil untuk memperkasakan penguasaan bahasa Inggeris dikalangan pelajar-pelajar selain daripada perlaksanaan program Pengajaran Dan Pembelajaran Sains Dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

SOALAN 2

Puan Nurul Izzah Binti Anwar [Lembah Pantai] minta Menteri Kesihatan menyatakan:

a) Kos rawatan bagi pesakit-pesakit kanser pangkal rahim di hospital-hospital kerajaan terkini.

b) Status perancangan suntikan vaksin cervarix kepada pelajar-pelajar sekolah di bawah Jabatan Kesihatan Awam, Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga.

SOALAN 3

Puan Nurul Izzah Binti Anwar [Lembah Pantai] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan:

a. Statistik jenayah bukan komersial dari tahun 2000 hingga 2008 bagi Kuala Lumpur dan kawasan Parlimen Lembah Pantai.

b. Peratusan pengagihan anggota polis mengikut 7 jabatan PDRM di Kuala Lumpur dan kawasan Parlimen Lembah Pantai.

SOALAN 4

Puan Nurul Izzah Binti Anwar [Lembah Pantai] minta Menteri Pengajian Tinggi menyatakan:

a) Jumlah siswazah yang menganggur bagi tahun 2006 hingga 2008 mengikut kelulusan diploma, sarjana muda dan sarjana.

b) Semua program latihan siswazah menganggur yang dijalankan di bawah Kementerian Pengajian Tinggi sejak 2004. Sila nyatakan mengikut kos setiap program.

SOALAN 5

Puan Nurul Izzah Binti Anwar [Lembah Pantai] minta Menteri Penerangan menyatakan apakah syarat-syarat yang dikenakan kepada pemohon hak penyiaran tv, radio dan akhbar. Senaraikan nama-nama syarikat atau individu yang telah memohon dari tahun 2004 dan status permohonan tersebut.

SOALAN 6

Puan Nurul Izzah Binti Anwar [Lembah Pantai] minta Perdana Menteri menyatakan kewajaran penubuhan Terminal Penerbangan Murah (LCCT) yang baru di Labu, Negeri Sembilan, sedangkan kerajaan telah pun meluluskan cadangan MAHB untuk menaik taraf LCCT yang sedia ada di KLIA.

SOALAN 7

Puan Nurul Izzah binti Anwar [ Lembah Pantai ] minta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri mennyatakan:

a) Hasil kajian perunding bebas yang dilantik oleh kementerian untuk menilai pencapaian syarikat-syarikat yang memiliki permit import (AP) .

b) Bila Dasar Automotif Negara akan dikaji semula.

SOALAN 8

Puan Nurul Izzah Binti Anwar [Lembah Pantai] minta Menteri Wilayah Persekutuan menyatakan adakah kerajaan akan merombak semula Deraf Pelan Tempatan Kuala Lumpur 2020 (KL Draft Plan) memandangkan pelan ini bertentangan dengan Town and Country Planning (Amendment) 2001.

SOALAN 9

Puan Nurul Izzah Binti Anwar [Lembah Pantai] minta Menteri Pengajian Tinggi menyatakan:

a) peranan kerajaan dalam setiap pilihanraya kampus seperti yang termaktub dalam Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971.

b) Langkah-langkah yang telah dan akan diambil untuk mengelakkan dakwaan kawalan atau manipulasi pilihanraya.

SOALAN 10

Puan Nurul Izzah Binti Anwar [Lembah Pantai] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan statistik terkini kadar kehilangan pekerjaan dalam sektor kerajaan dan swasta. dan apakah langkah-langkah kerajaan untuk menangani masalah ini.

SOALAN 11

Puan Nurul Izzah Binti Anwar [Lembah Pantai] minta Menteri Kesihatan menyatakan apakah keistimewaan-keistimewaan yang akan dinikmati oleh rakyat malaysia dalam sektor kesihatan memandangkan pertumbuhan dalam sektor ini dijangka mencapai 8% pada tahun 2009.

SOALAN 12

Puan Nurul Izzah Anwar [Lembah Pantai] minta Menteri Pengajian Tinggi menyatakan apakah piawaian yang digunakan untuk memantau cara pembelajaran dan latihan bagi jururawat pelatih di semua pusat rawatan di Malaysia.

SOALAN 13

Puan Nurul Izzah Binti Anwar [Lembah Pantai] minta Menteri Kewangan menyatakan secara khusus langkah-langkah yang diambil oleh Unit Pengendalian Projek (Project Management Unit) untuk memastikan pakej stimulus RM 7 billion yang dijanjikan dibelanjakan secara efektif dalam waktu terdekat.

SOALAN 14

Puan Nurul Izzah Binti Anwar [Lembah Pantai] minta Menteri Kerja Raya menyatakan status perancangan menaik taraf jaringan pengangkutan awam di sekitar kawasan pusat membeli-belah Mid-Valley.

SOALAN 15

Puan Nurul Izzah binti Anwar [ Lembah Pantai ] minta Menteri di Jabatan Perdana Menteri menjelaskan apakah langkah yang diambil bagi mengatasi masalah kekurangan tempat letak kereta di kawasan Parlimen.

http://nurulizzah.com/site/?p=428#more-428

No comments

Powered by Blogger.