Nik Aziz: Umno ibarat pokok yang dah nak 'mapuh' - Malaysiakini


KB:Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan perkembangan dalam Umno sekarang menunjukkan parti itu hilang daya tarikan sehingga ada pemimpinnya yang berpaling tadah.

Katanya, kalau diibaratkan sebatang pokok, Umno kini sebuah parti yang hampir mati dan akan gugur sendiri dahannya satu persatu sebelum menjadi pokok mati.

Umno kini tiada daya tarikan atau `graviti’ untuk menarik rakyat menyokong perjuangannya dan ini menyebabkan ramai ahli dan pemimpinnya mula berpaling tadah menyertai parti pembangkang, terutama Pas,” katanya ketika ditemui pada majlis rumah terbuka Ahli Exco Kerajaan Negeri, Datuk Anuar Tan, di sini hari ini.

Menteri Besar Kelantan itu berkata apa yang sedang berlaku dalam Umno adalah perkembangan yang baik bagi Pakatan Rakyat, khasnya Pas, yang sedang berusaha menarik sokongan rakyat terhadap perjuangan yang akan membawa perubahan kepada mereka.

Ditanya mengenai cadangan Pengerusi Jawatankuasa Disiplin Umno, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail supaya sayap Umno dibubarkan bagi mengelak politik wang dalam parti itu, Nik Aziz berkata itu adalah masalah dalaman Umno.

“Ia terjadi dengan sendiri apabila pemimpinnya tidak mengamalkan dasar yang betul. Inilah juga punca yang menyebabkan Umno diibaratkan parti yang hilang graviti untuk menarik rakyat menyokong perjuangannya,” katanya. /Bernama

Bagus.. Perkembangan yang baik bagi Pakatan Rakyat - Nik Aziz

No comments

Powered by Blogger.