Lembu naik minyak di Selangor di Tahun Baru Cina 2009 – Malaysiakini

Lembu naik minyak di Selangor di Tahun Baru Cina 2009 – Malaysiakini
Berikutan dakwaan ketua pembangkang Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo, yang menerima “salinan surat arahan dari pejabat menteri besar Selangor berhubung pembelian 46 ekor lembu korban”, ini jawapan setiausaha politik Tan Sri Abdul Khalid (seperti mana dipetik oleh Malaysiakini):
Kerajaan negeri Selangor akan menyiasat mengenai kesahihan dokumen-dokumen yang diperoleh oleh pihak-pihak yang membuat dakwaan bahawa dana kerajaan negeri digunakan untuk membeli 46 ekor lembu korban yang disumbangkan kepada masjid dan surau di kawasan Parlimen Bandar Tun Razak (pada Hari Raya Aidiladha Disember lepas)."Kerajaan negeri juga bimbang dengan kesahihan dokumen-dokumen yang diperolehi oleh pihak-pihak yang membuat tuduhan liar ini," kata Setiausaha Politik kepada menteri besar Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad."Demi ketelusan dan kebertanggungjawaban, pejabat menteri besar akan menyiasat tentang kesahihan dokumen tersebut serta asal dokumen tersebut diperolehi," katanya dalam satu kenyataan.Terus terang saya katakan bahawa saya tidak percaya kepada dokumen atau surat yang dikemukakan oleh Mohd Khir Toyo. Bagi saya mereka memang menipu, dan justeru kerana rakyat mengetahui apa yang beliau lakukan di Selangor sepanjang menjadi menteri besar, sangat sukar untuk dipercayai.Berita sebelumnya: Korban lembu Selangor: Gerak kata MB rasuah, MB kata dermaDalam isu yang sama, Bernama melaporkan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) pada 23 Januari 2009, menjelaskan bahawa ia telah menaja 390 ekor lembu korban yang diagihkan kepada surau dan masjid di seluruh negeri Selangor sempena sambutan Hari Raya Aidiladha pada Disember lepas.Menurut perbadanan itu, dalam menguruskan penajaan lembu untuk ibadat korban di Selangor, beberapa anak syarikat dan syarikat bersekutunya telah bersetuju menderma lembu korban di kawasan Bandar Tun Razak sebagai menjalankan tanggungjawab sosial.Keputusan untuk menderma 46 ekor lembu korban kepada 46 masjid, surau dan madrasah di kawasan Bandar Tun Razak telah dibuat selepas satu perbincangan diadakan di peringkat kumpulan pengurusan PKNS dan beberapa anak syarikat serta syarikat bersekutu, katanya dalam satu kenyataan di sini.Bayaran untuk 46 ekor lembu itu telah diuruskan oleh Selangor Industrial Corporation (SIC) Berhad, yang kemudiannya membahagikan bayaran itu kepada enam lagi anak syarikat dan syarikat bersekutu PKNS yang telah menyatakan persetujuan untuk menyertai program itu, katanya.Pihak PKNS hanya memaklumkan kepada Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tentang derma lembu korban itu setelah semua perancangan selesai diatur, kata perbadanan itu.Kenyataan itu juga menyebut bahawa Abdul Khalid bukan pengerusi SIC Berhad seperti yang dilaporkan oleh pihak media, sebaliknya, Datin Paduka Low Siew Moi selaku pengurus besar PKNS, adalah pengerusinya. (Sumber: Bernama)** Saya menyediakan perkhidmatan katering. Salah satu komen klien, “Rendang daging lembu dia lembut dan sedaplah!” Klik di sini.

http://buanadunia.blogspot.com/2009/01/lembu-naik-minyak-di-selangor-di-tahun.html

No comments

Powered by Blogger.