kenapa musa hassan gelabah?

KUCHING 23 Jan. - Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan menyifatkan tindakan sekumpulan orang awam yang menceroboh bilik mayat Hospital Serdang, Selasa lalu, merupakan satu jenayah kerana mengganggu bahan bukti polis.

Katanya, bila seseorang itu meninggal dunia, si mati telah menjadi barang kes polis sehingga siasatan selesai dijalankan.

''Tindakan menyerbu bilik mayat dan 'mengacau-ngacau' mayat tersebut selama dua jam tidak sepatutnya berlaku.

''Ia adalah satu jenayah kerana mengganggu bahan bukti dan kita akan siasat kes ini kerana telah menerima laporan polis," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu beliau mempengerusikan Mesyuarat Tiga Penjuru Pertama yang turut dihadiri Pesuruhjaya Polis Brunei, Pehin Datuk Kermasetia Datuk Paduka Seri Zainuddin Jailani dan Ketua Polis Republik Indonesia (Kapolri), Jeneral Bambang Hendarso Danuri.

Selasa lalu, sekumpulan orang awam termasuk dua timbalan menteri menceroboh Hospital Serdang untuk memeriksa mayat Kugen Ananthan, 22, yang didakwa didera polis.

Musa berkata, polis tetap akan meneruskan kes kematian Kugen meskipun disahkan oleh pihak hospital ia berpunca daripada jangkitan paru-paru berair.

''Kami akan siasat," tegas beliau bila ditanya mengenai perkembangan kes tersebut.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 451 Kanun Keseksaan kerana menceroboh untuk melakukan jenayah dan Seksyen 506 kerana membuat ugutan terhadap kakitangan awam.

Semalam, Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar menolak dakwaan pihak tertentu sebelum ini yang mengatakan kematian Kugen adalah akibat didera semasa dalam tahanan reman.

Laporan mengenai bedah siasat yang dikeluarkan oleh Hospital Serdang itu turut mengesahkan beberapa kecederaan dialami oleh Kugen semasa kematiannya tidak mendatangkan maut. selanjutnya....


sebab gambar simati sudah banyak tersebar... rakyat dah tahu apa terjadi..dan rakyat gekal dengan alasan bodoh polis!

No comments

Powered by Blogger.