ADUN Bota Keluar BN : Kita Tunggu Ulasan YB Datuk Ibrahim Ali

Oleh professor

" Tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Bota, Datuk Nasaruddin Hashim hari ini mengisytiharkan keluar daripada Barisan Nasional (BN) dan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) , pada hari ahad lepas sudah menerima reaksi positif dan negatif dari pelabagai pihak

YAB Timbalan Perdana Menteri , Dato’ Seri Najib dah memberikan ulasan beliau , agak terkejut dengan keputusan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bota, Datuk Nasaruddin Hashim yang menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) , akhbar menyiarkan tajuk ni TPM terkejut Nasarudin sertai pembangkang

Keputusan anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan Bota, Datuk Nasaruddin Hashim meninggalkan Umno dan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak menjejaskan kedudukan Barisan Nasional (BN), kata pulak Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali - keputusan nasarudin tidak jejas BN perak

Manakala Tok guru nik aziz pun dah memberikan pendapat , katanya fitnah dan hasutan umno menikam diri sendiri

Nota
Cuma mungkin rakyat Malaysia agak terkilan kerana sehingga kini Yb Datuk Ibrahim Ali yang masih belum lagi memberikan ulasan , pendapat dan komennya , kerana kebiasaan isu – isu panas sebegini seperti yang terjadi sebelumnya wartawan dan pemberita media arus perdana awal – awal lagi sudah menghulurkan mikrofon kepadanya

Tak perasan pulak, Pak Lah dan Khairy dah buat ulasan atau belum ?

Berita asal

No comments

Powered by Blogger.