ali yang tidak matang atau tidak khatan?

Larangan yang dikenakan oleh Ketua Menteri Melaka, Dato' Seri Mohd Ali Rustam, kepada kakitangannya daripada melawat Kelantan selepas kegagalan BN dalam Pilihan Raya Umum 1999 adalah satu tindakan yang tidak matang.
Iklan




Menurut Pesuruhjaya PAS Melaka, Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman, ini menunjukkan Ali Rustam tidak matang dan mengambarkan sikap sebenar pemimpin Umno yang membuat keputusan berdasarkan dendam politik semata-mata.

"Kalau tak boleh kenapa tak dibuat secara menyeluruh dan diisytiharkan oleh Perdana Menteri agar semua tak boleh lawat Kelantan, adakah Ali Rustam lebih bijak daripada Perdana Menteri dan Menteri Besar lain.

"Hukum adalah sifat menyeluruh dan diputuskan oleh Majlis Fatwa adakah dia lebih mendahului Majlis Fatwa," kata Ustaz Ghani.

Beliau turut menjelaskan bahawa Ketua Menteri Melaka itu sebagai seorang pemimpin yang tidak ada kredibiliti, tidak matang, tidak bersopan dan tidak layak menjadi pemimpin negara.

"Ini adalah hujah kepimpinan Ali selama 8 tahun yang tidak profesional sedangkan pegawai kerajaan negeri ada kebolehan untuk menilai dan matang dalam membuat keputusan.

"Kalau seorang Ketua Menteri boleh mendera pegawai maka tak pelik apabila pemimpin Umno kampung turut mengikut mendera orang kampung," katanya.

Beliau menambah, "Kalau orang bukan Islam tiada masalah boleh melawat Kelantan, ini bermakna Ali Rustam tak matang dan sebagai Pesuruhjaya PAS Melaka saya mengajak rakyat menilai semula kepimpinan Ali Rustam selama ini"

No comments

Powered by Blogger.