yes....ekonomi negara stabil.....


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata, ketiadaan serentak Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri di dalam negara jarang berlaku, namun ia tidak dapat dielakkan.

Timbalan Perdana Menteri berkata, beliau terpaksa menghadiri mesyuarat Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (Apec) ke-16 di Lima, Peru bermula 22 hingga 23 November ini yang akan membincangkan krisis kewangan yang melanda dunia ketika ini.

“Ini (ketiadaan kedua-dua pemimpin) menunjukkan Malaysia berada dalam keadaan selamat dan stabil,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Air Rantau Asia Pasifik 2008 di sini, semalam.

Najib berkata, beliau dan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan sentiasa menghubungi menteri dan pegawai tertinggi kerajaan di Malaysia ketika berada di luar negara.

Abdullah sedang mengadakan lawatan rasmi ke Uzbekistan dan Turkmenistan dan hanya dijadualkan pulang Jumaat ini, manakala Najib berlepas ke London, malam tadi dalam perjalanan ke Peru.

Mengenai Apec, Najib berkata, beliau akan menghadiri dua sesi yang akan menyentuh mengenai pelbagai isu penting seperti krisis kewangan global dan bagaimana semua negara harus bertindak secara kolektif untuk mengurangkan kesan krisis itu serta memulihkan segera keadaan.

“Sesi kedua pula, kita akan membincangkan beberapa isu lain seperti keselamatan makanan dan alam sekitar,” katanya.

Selain itu, Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, kerajaan masih berbincang dengan Kerajaan Selangor berhubung isu pengambilalihan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) oleh kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat.

“Kita akan mengeluarkan kenyataan apabila perbincangan selesai dilakukan... jika tidak tahun ini mungkin tahun depan,” katanya.

bravo hang najib....masih nak tipu rakyat lagi.....paaaangggg...penampor sebijik

No comments

Powered by Blogger.