shahrizat, Teagarajan, Raja Petra, Ka Chuan, Zahid, Rafidah, Karpal, Mohd Zin - Malaysiakini


Berita video, sila klik;

.
KUALA LUMPUR - Sehari selepas Wanita Umno memutuskan dua jawatan tertingginya tidak akan dipertandingkan pada pemilihan parti Mac depan, Naib Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, terus tegas mempertahankan bahawa pelan peralihan kuasa pergerakan itu perlu diselaraskan dengan Umno induk, Pemuda dan Puteri, pada Mac depan.Pada masa yang sama, ahli exco Wanita Umno, Datuk Kamilia Ibrahim, tetap dengan pendiriannya akan bertanding jawatan naib ketua pergerakan itu dan menolak pelan peralihan kuasa yang dipersetujui pada 4 Ogos lalu.
.
V.K.K Teagarajan Mahu Bertanding Jawatan
KUALA LUMPUR - Bekas anggota jawatankuasa kerja pusat (CWC) MIC Datuk V.K.K. Teagarajan mengumumkan hasrat untuk bertanding jawatan timbalan presiden parti dalam pemilihan MIC dijadualkan September tahun depan.Bercakap kepada Bernama, bekas presiden Gabungan Dewan Perdagangan dan Perindustrian India Malaysia itu berkata, parti itu yang kehilangan sokongann masyarakat India Malaysia pada pilihan raya umum 8 Mac, perlu "mendapat suntikan baru dan diperkasakan kembali"
.
Raja Petra Buat Laporan Polis Terhadap
KUALA LUMPUR - Raja Petra Kamaruddin hari ini membuat laporan polis di Balai Polis Sentul terhadap Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) kerana tidak membenarkannya menunaikan solat jumaat ketika berada di Kem Tahanan Kamunting (Kemta).Menurut beliau laporan dibuat termasuklah kenyataan yang dikeluarkan oleh Mufti Perak yang menyatakan tahanan ISA tidak perlu menunaikan fardhu Jumaat.
SHAH ALAM - Undang-undang lazim dan undang-undang syariah di negara-negara yang majoriti rakyatnya beragama Islam boleh diharmonikan melalui penggabungan kedua-dua mahkamah sivil dan syariah.Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad berkata, pendekatan itu mampu direalisasikan kerana hakim yang sama boleh mendengar kedua-dua kes sivil dan syariah manakala peguam bukan Islam berhujah mengenai isu yang melibatkan undang-undang syariah.
.
KUALA LUMPUR - Datuk Seri Ong Ka Chuan telah menyerahkan surat peletakan jawatannya sebagai Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan kepada Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat, kata seorang pembantu kepada Ka Chuan hari ini.Sumber itu berkata, Ka Chuan menyerahkan "surat peletakan jawatan tanpa tarikh" ekoran kekalahannya dalam pemilihan parti pada 18 Oktober lalu.
.
SHAH ALAM - Ahmad Zahid menafikan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) terbabit membina pintu gerbang berbentuk rebana ubi di tepi Lebuh Raya Persekutuan berdekatan bangunan UEM dan Persatuan Bekas Pelajar Kolej Melayu Kuala Kangsar di Jalan Syed Putra.
IPOH - Hasrat Tan Sri Rafidah Aziz mengekalkan jawatan Ketua Wanita Umno sehingga Jun depan makin tercabar apabila Wanita Umno Perak yang selama ini menyokongnya menggesa beliau melepaskan jawatan kepada Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, manakala empat bahagian di Sabah yang mencalonkannya untuk jawatan itu mengalih sokongan kepada Shahrizat.
.
KUALA LUMPUR - Pengerusi DAP Karpal Singh meminta Ketua Hakim Negara Tan Sri Zaki Tun Azmi meletakkan jawatan dalam masa tujuh hari ekoran kenyataan Zaki mengenai rasuah di kalangan kakitangan mahkamah semasa beliau menjadi peguam pada 1987.Beliau berkata Zaki jangan menafikan bahawa beliau telah mengeluarkan perkataan yang dilaporkan dalam the New Straits Times pada 8 Nov kerana ada rakaman audio mengenai apa yang beliau katakan di Kuching, sehari sebelum itu.
KUALA LUMPUR - Kesemua 22 syarikat konsesi lebuh raya di seluruh negara kecuali Maju Expressway, yang mengendalikan Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya, bersetuju untuk mendeklasifikasikan perjanjian konsesi lebuh raya antara kerajaan dengan syarikat terbabit kepada umum.Menteri Kerja Raya Datuk Mohd Zin Mohamed berkata dokumen perjanjian tersebut boleh didapati mulai 1 Jan depan.

No comments

Powered by Blogger.