sapa tahu program bicara mufti pukul berapa?sapa nak tengok?


"Jika sebelum ini mas ada menulis tentang majlis fatwa, kali ini mas ingin kemukankan pula bicara mufti yang disiarkan lewat malam atau awal subuh di RTM setiap hari itu untuk siapa sebenarnya.

Adakah waktu atau masa sebegini amat sesuai untuk program agama yang penting serta dikendalikan oleh mereka yang mempunyai ilmu agama yang tinggi disiarkan. Diwaktu penonton sudah lena melayar mimpi atau sedang bersiap siap untuk pergi bertugas.

Malah tajuk yang diberikan pun tidak sepadan dengan jawatan dan ilmu yang dimilikinya. Tajuk tajuk yang diberikan berkisah tentang solat, puasa dan beberapa ilmu feqah yang memang kebiasaannya kita dengar dan dibincangkan didalam kuliah Maghrib di masjid masjid maupun disurau surau.

Sepatutnya jawatan yang tinggi didalam bidang agama itu, dimenafaatkan untuk membincangkan tentang ummah, daulah ,khalifah, perundangan Islam dan permasalahan semasa. Barulah kita merasakan betapa besarnya peranan dan tanggungjawab yang dipikul oleh mereka yang bergelar mufti. Dan penjelasan daripada mereka yang layak mengeluarkan pandangan itu, akan memberikan satu gambaran yang jelas tentang Islam yang kita anuti ini.

Bahkan slot bicara mufti ini sepatutnya menjadi program utama RTM, jika mereka benar benar inginkan rakyat memahami Islam. Mungkin slotnya sesuai seperti pada hari minggu dan waktunya sama seperti RTM menyiarkan program Forum Perdana. Di waktu ini, mereka yang kemasjid sudah pun pulang dan kebanyakan penghuni rumah sudah pun selesai menjamu makan malam, dan agak tidak terlalu lewat sekiranya golongan kanak kanak maupun remaja ingin menontonnya.

Disamping itu juga, mas ingin mencadangkan agar negeri dibawah pakatan rakyat memberikan keistemewaan yang khusus kepada mufti negeri dengan cara, memberikan kebebasan kepada mereka pada setiap jumaat untuk memberikan khutubah di masjid masjid yang ada didalam negeri tersebut, biarlah rakyat berkesempatan dan berpeluang untuk mengenali dan mendampingi mufti mereka sendiri.

Sudahlah kerajaan BN tidak pernah mempromosi/ memperkenalkan mufti kepada rakyat bahkan dikongkon di pejabat semata mata. Dengan cara ini, seluruh pelosok rakyat mengenali siapa mufti mereka dan dapat pula bertanya hal ehwal agama setiap kali dikunjungi oleh beliau. Bahkan diberikan pula kelonggaran agar khutubah Jumaat yang dibacanya itu, adalah hasil pemikiran, tulisan dan pemerhatian beliau dengan keadaan suasana semasa. Dengan cara ini, mereka dapat menafaatkan segala ilmu yang mereka perolehi bahkan juga dapat memantapkan lagi daya sensitifi terhadap Islam dan ummah. Dengan cara ini barulah martabat mufti itu diletakkanya ditempat yang layak dan sesuai serta menepatilah dengan hadis nabi....ulama itu pewaris nabi.

Ini terbukti bilamana kita kehilangan almarhum Mufti Dato Ishak Baharom, rakyat juga terasa kehilanganya, walaupun media masa hanya memberikan berita yang amat kecil jika dibandingkan dengan berita pada hari yang sama kematian seorang artis Malaysia. Apa yang kita dapat saksikan hari ini, bidang kuasa mufti begitu terhad dan terbatas dalam menangani masalah ummah, dan kadang kadang kita lihat isu agama selalu dipelopori atau dikuasai oleh orang bukan layak langsung untuk memberikan pandangan tentangnya, bahkan kita juga turut merasa kecewa bilamana RTM menemubual rakyat dan meminta memberikan komen tentang sesuatu isu berkaitan agama.

Lebih malang lagi jika pandangan itu pula diambil kira dan diberikan perhatian. Akhir sekali, mas mencadangkan agar semua mufti negeri secara automatik menjadi ahli majlsi fatwa negara,jika perkara ini belum terlaksana lagi.Dengan cara ini, mereka menjadi jambatan kepada rakyat dalam menyampaikan apa jua maklumat yang dibincangkan didalam majlis tersebut. Barulah ketika itu kuasa mufti sangat berpengaruh dan keputusan mereka menjadi roh kepada kekuatan Islam di Malaysia.

No comments

Powered by Blogger.